SEMALAM kecoh di laman sosial apabila warga Terengganu berkongsi situasi cemas apabila jalan di Kampung Wakaf Beruas ke persimpangan Simpang Tokku ditutup secara tiba-tiba.

Rupanya kawasan itu ditutup kerana ada insiden tembak-menembak!

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan, berikut kejadian yang sebenar;

1. Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dadah dan jenayah, terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan pihak polis pada pagi Selasa.

2. Dalam insiden kira-kira 11.30 pagi itu, kedua-dua lelaki itu yang menaiki kereta Honda Civic kuning, melarikan diri ketika ditahan pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan JSJ Bukit Aman yang sedang melakukan rondaan Ops Kesan.

3. Malangnya, apabila pihak polis meminta suspek memberhentikan kenderaan, suspek telah melarikan diri dengan kenderaan tersebut.

Baca juga Tragedi 2 Ramadan, kemalangan ragut nyawa 4 juruteknik, berikut kronologi kejadian

Insiden 3 Ramadan, tembak-menembak ragut 2 nyawa di Terengganu, berikut kejadian sebenar
4. Selepas itu, apabila sampai di satu kawasan daripada Wakaf Beruas ke Persimpangan Tok Ku, polis berjaya menghalang mereka dan secara tiba-tiba, salah seorang daripada mereka melepaskan satu das tembakan ke arah polis.

5. Susulan itu pihaknya terpaksa membalas tembakan ke arah kedua-dua lelaki berkenaan, sebelum seorang daripada mereka melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran.

Baca juga Ganja bukan sahaja buat ketagih, ini kesan sampingan menakutkan

6. Namun, suspek yang melarikan diri itu berjaya dikepung, namun dia enggan menyerah diri menyebabkan polis mengambil tindakan memasuki rumah tersebut.

7. Semasa di dalam rumah, suspek telah melepaskan satu das tembakan. Nasib baik terkena penghadang atau shield yang dibawa polis dan di situlah berlaku satu lagi kejadian tembak-menembak antara polis dan suspek.

8. Lelaki itu terbunuh di dalam rumah tersebut manakala seorang lagi rakannya maut dalam kenderaan dinaikinya.

Iklan

9. Kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan dan maklumat lanjut mengenai mereka masih disiasat.

Jadi, jika berhadapan situasi mencemaskan begini di jalan raya, SinarPlus sarankan ini yang patut dilakukan secara
logik;

1. Bertenang.

2. Ikut sahaja arahan yang diberikan pihak polis untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan

3. Tak perlu sebarkan maklumat tidak benar elak cetus panik orang ramai.

4. Peka dengan keadaan sekeliling, tak perlu menyibuk urusan polis.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI