Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. 'Saya setia menunggu…'

A
A
A

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih, Selangor yang mengelirukan beliau sekeluarga susulan terdapat dua pemilik dan dua geran.

Malah, suami kepada Amyra Rosli itu turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya.

Isu berkaitan pindah milik tanah milik itu telah mendapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyatakan hasrat ingin membantu beliau menyiasat hal itu.

Baca juga: Sebidang tanah 2 nama, Amar Baharin dakwa ibu teraniaya. 'Bina rumah siap berpenghuni, pejabat tanah janji ganti tapi...'

Perkongsian Amar mengenai kekeliruan pemilikan tanah kepunyaan ibunya April lalu tular di laman sosial.

SEDIA BERUNDING

Dalam perkembangan terbaru, aktor berusia 38 tahun itu sedia menunggu untuk dihubungi untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Baik, saya masih menunggu pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat mahupun sesiapa yang bertanggungjawab menyelesaikan kes ini untuk menghubungi saya (atau ibu) supaya rundingan dapat dijalankan.

"Saya setia menunggu," kongsi Amar di Instagram.

Baca juga: Daripada tanah kosong, usahawan ini bangunkan hotel kecil. Nilai tempahan bilik dah cecah RM2 juta

Hantaran Amar di Instagram

DIRATIFIKASI KEMBALI

Terdahulu, Amirudin dalam kenyataan kepada media memaklumkan status tanah berkenaan telah diratifikasi semula dan kes seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku.

Beliau menjelasakan kes sebegitu timbul susulan beberapa faktor termasuk kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.

"Saya belum dapat laporan rasmi berhubung perkara itu tetapi berdasarkan maklumat yang saya dapat, tanah milik keluarga pelakon Amar Baharin itu sudah diratifikasi kembali.

"Saya tegaskan bahawa ini bukan kes pertama kali dan kebanyakan kes yang berlaku adalah disebabkan perekodan yang dibuat secara manual sebelum ini," katanya.

Amirudin berkata, beliau yakin kes melibatkan keluarga pelakon terbabit dapat ditangani dengan baik dan pihaknya akan memaklumkan kepada Amar Baharin berhubung status tanah itu yang telah diratifikasi kembali.

Baca juga: Anak Amar Baharin, Amyra Rosli dijangkiti Kawasaki, ini tanda, simptom, kesan

5 KES SERUPA PERNAH BERLAKU

Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun beliau bergelar Exco hingga menjadi menteri besar, terdapat lebih lima kes yang serupa berlaku iaitu tanah yang sudah dimiliki secara sah, diberikan kepada orang lain.

Perkongsian Amar mengenai kekeliruan pemilikan tanah kepunyaan ibunya April lalu tular di laman sosial.

Beliau berkata, disebabkan isu pertukaran hak milik tanah yang berlaku itu kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian yang besar.

"... tetapi dengan sistem pemilikan e-tanah yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang, kita percaya kes-kes seperti ini dapat dielakkan ataupun boleh ditangani di peringkat awal," katanya.

Sumber: Instagram Amar Baharin, Bernama via Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca