KONTROVERSI berkenaan isu tanah milik ibu Amar Baharin meraih perhatian ramai apabila pelakon tersebut meluahkan perasaan tidak puas hati menerusi laman sosial X.

Menurut Amar, pemilikan tanah yang terletak di Semenyih, Selangor itu mengelirukan beliau sekeluarga memandangkan terdapat dua pemilik dan dua geran.

“Bagaimana sebidang tanah boleh ada dua geran berbeza?

“Emak saya ada sebidang tanah di Semenyih dan diringkaskan cerita, emak dan arwah ayah hendak usahakan tanah itu.

“Namun apabila melawat ke tapak tanah berkenaan, mereka terkejut kerana sudah ada rumah dan penghuni,” kongsi Amar.

Baca juga: Rumah Mesra Rakyat pendapatan bulanan bawah RM5,000 layak, 20 info syarat dan cara mohon

Baca juga: 2 beradik usaha kebun anggur guna teknik tanpa tanah. Ini cerita usahawan dari Kelantan

Tambah suami kepada pelakon Amyra Rosli, ibunya sempat bertanya mengenai pemilikan tanah tersebut, namun jawapan ‘tuan tanah’ berkenaan, itu adalah miliknya.

“Diringkaskan cerita, tuan tanah itu kata itu tanahnya, siap tunjuk geran (geran tampal) dan emak aku pun tunjuk geran asal dipegang berpuluh tahun. Malah cukai tanah pun dibayar, bagaimana tu?” luahnya.

Ujar Amar, ibu dan arwah bapanya tidak berdiam diri dan mendapatkan kepastian daripada pihak berwajib. Bagaimanapun, beliau kecewa janji yang diberikan tidak ditepati.

“Arwah ayah dan emak pernah ke Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor untuk bertanya tentang situasi ini.

“Mereka faham dan cuba selesaikan serta berjanji akan menggantikan tanah itu dengan tanah yang lain. Namun sampai sekarang masih belum ada jawapan.

“Apabila ditanya tentang perkembangan terbaru, kakitangan berkata ‘Selangor sudah tiada tanah kosong (untuk menggantikannya)’. Apa perasaan kalian jika ia berlaku?” katanya.

Dalam masa yang sama, bapa kepada sepasang cahaya mata itu turut meninggalkan beberapa persoalan berkaitan isu pemilikan tanah yang dihadapi dan meminta pihak berwajib menjawab kekeliruan tersebut.

Baca juga: Bayar RM240,000 renovation tak siap, Amyra Rosli kena ‘scam’ dengan interior designer

Baca juga: Amyra Rosli tak pernah anggap media sosial satu platform toksik. Ini pengalaman yang dikongsikan…

Gambar hiasan

“Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain sedangkan tanah milik emak saya ni belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa ?

“Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa dan bagaimana dengan cukai tanah yang dibayar emak saya pada setiap tahun?

“Adakah pihak satu lagi tu pun membuat bayaran cukai untuk tanah yang sama? Semoga Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor ada jawapan untuk setiap persoalan diatas. Pihak Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mungkin boleh buat sesuatu atas masalah rakyat yang keliru dengan situasi sebenar. Terima kasih,” titip Amar.

Warga maya meluahkan simpati kepada Amar dan meminta beliau membawa perkara ke tengah dan mengambil tindakan undang-undang. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan.

Ujar mereka:

Iklan

“Perkara ini sudah boleh jumpa peguam. Dah ada test case yang mana perkara hampir sama pernah berlaku. Pendaftar Hak Milik Negeri Selangor perlu membayar pampasan. Kalau beli tanah melalui penipuan, tanah berkenaan sepatutnya dipulangkan kepada tuan tanah yang sebenar.”

“Amar, sila ambil peguam.”

“Saya ada isu yang sama di negeri saya. Tanah arwah bapa saya beli kena rembat dengan bapa saudara dan nenek . Mereka guna kaki dalam pejabat tanah untuk tukar nama kepada bapa saudara dan beri alasan tidak munasabah. Saksi semua masih hidup.”

“Bagaimana ya benda berdokumen senang-senang ditukar hak milik walhal itulah fungsi dokumen rasmi.”

“Sebgai lawyer conveyancing, saya mencadangkan Amar dapatkan peguam dan bawa perkara ini ke tengah. Kes begini senang lawan di mahkamah.”

“Boleh cuba buat carian rasmi terkini, bayaran RM50. Boleh periksa rekod pemilik sama atau tidak dengan geran tanah. Dalam masa yang sama, lantik peguam yang arif tentang hartanah untuk tuntut hak.”

Amar dalam perkembangan terbaru memaklumkan perkara berkenaan telah mendapat perhatian daripada pihak berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang sudi membantu. Hal ini telah mendapat perhatian darupada Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan siasatan akan dibuat secepat mungkin.

Iklan

“Insya-ALLAH ada update tentang masalah ini saya akan kongsi. Semoga selesa dengan baik dengan izin ALLAH,” kongsinya menerusi Insta Story.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Instagram menyatakan hasrat ingin membantu beliau menyiasat hal itu.

Sumber: X Amar Baharin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!