'Itu kenderaan kami ada, duit dalam poket RM12 je.' Pakai alat bantuan pernafasan naik motor ke hospital, kisah keluarga ini meruntun hati

A
A
A

TULAR dalam media sosial seorang bayi yang memakai alat bantuan pernafasan dilihat menaiki motosikal bersama ibu dan ayahnya.

Bapa bayi itu, Mohd Azlan Ishak, 36, berkata, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, 35, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran meraih perhatian ramai.

Rupa-rupanya, bayi berusia 11 bulan itu terpaksa memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik.

Baca ni ‘Anak baik, jaga ibu bapa sakit.’ Atlet kayak parah dilanggar pemandu mabuk, diseret sejauh 600 meter, keluarga tuntut pembelaan

mohd aariz

"Kami memang sentiasa berulang-alik ke hospital dengan menunggang motosikal sahaja membawa Mohd Aariz bagi mendapatkan rawatan dan pada hari kejadian, hanya ada RM12 dalam poket sebab banyak hari tidak bekerja.

"Ia merupakan satu-satunya kenderaan yang kami ada walaupun sedar anak kami yang kurang sihat tidak sepatutnya dibawa menaiki motosikal namun kami terpaksa kerana tiada kereta," katanya

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki berkenaan bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan di Kuala Kedah dengan pendapatan harian sebanyak RM50 sehari

"Wang itulah digunakan untuk menyara kehidupan kami sekeluarga termasuklah membeli keperluan anak lelaki kami dan pergi ke hospital.

"Kalau saya bekerja barulah ada gaji dan kami pernah terputus bekalan makanan selama beberapa hari pada minggu lepas kerana saya tidak bekerja selama 12 hari akibat demam campak," ujarnya lagi.

Baca juga ‘Bertuah Wan dapat jaga mak…’ Kongsi perbualan ketika arwah ibu sakit, Chef Wan luah rasa rindu bikin sebak!

aariz

Nasib berubah

Dedah beliau, bukan hanya tidak mampu membeli makanan, malah tidak dapat juga membeli barangan keperluan Mohd Aariz termasuk lampin pakai buangnya

"Kami tidak tahu hendak buat apa lalu ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Alhamdulillah, kami dapat bantuan wang segera yang mana ia digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan makanan," ceritanya lagi.

Pada masa sama, lelaki berkenaan turut berterima kasih kerana nasib mereka mula berubah apabila gambar mereka menaiki motosikal ditularkan dan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada rakan beritahu kisah kami sekeluarga dapat perhatian ramai dan kini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, saya berterima kasih teramat atas keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Sementara itu isterinya, Norhidayu berkata, masalah kesihatan anak lelakinya mula dikesan doktor ketika berusia dua bulan sewaktu membawa abangnya,Iman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, 9, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

mohd aariz 1

"Ketika membawa Iman yang turut menghidap sakit kronik termasuk jantung berlubang, saya melihat keadaan Mohd Aariz agak pelik apabila ada lekuk di dadanya ketika bernafas lalu meminta doktor memeriksa keadaannya.

"Jadi, sejak itulah Mohd Aariz perlu memakai mesin CPAP sepanjang masa dan dia akan sukar bernafas sekiranya tidak memakai alat bantuan pernafasan ini," ujarnya lagi.

Masalah kesihatan

Malah, anak lelakinya itu perlu memakai mesin berkenaan kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit paru-paru kronik, gerd dan saiz limpa besar.

Disebabkan itu, si kecil tersebut bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan susu untuk meneruskan hidup.

"Kami tidak mampu beli susu khas dan cuba berinya nestum namun Mohd Aariz tidak boleh menjamahnya disebabkan keadaan kesihatannya.

"Kalau makan juga makanan ini dia akan mengalami gastrik," katanya.

Selain Mohd Aariz dan Iman, pasangan suami itu juga memiliki seorang lagi anak lagi iaitu Ahmad Hafizi, 17, yang menghidap cerebral palsy, Ahmad Amirul Amin, 14, dan Nur Rabbiatul Husna,4.

Bagaimanapun, tiga anaknya kecuali Nur Rabbiatul dijaga ibu bapanya disebabkan mereka suami isteri tidak berkemampuan dari segi kewangan tambahan pula pendapatan di pelantar ikan adakalanya tidak mencukupi.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd Aariz boleh melakukannya dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) isterinya, NorHidayu Halim (0210029000677695).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang