'Bertuah Wan dapat jaga mak...' Kongsi perbualan ketika arwah ibu sakit, Chef Wan luah rasa rindu bikin sebak!
TARIKH 12 Mei 2024 diraikan sebagai sambutan hari ibu, ramai yang mengambil kesempatan meraikan dan tak kurang yang menyampaikan ucapan buat yang tersayang.
Bagi yang sudah kehilangan ibu tersayang, hanya doa yang mampu dititipkan sebagai tanda ingatan. Pada masa sama, pasti akan ada momen-momen bersama yang kembali melayari ingatan, sekali gus membuatkan diri semakin merindukan insan tersayang yang sudah pergi buat selama-lamanya itu.
Antara yang berbuat demikian ialah Datuk Chef Wan yang berkongsi luahan terhadap insan kesayangannya itu.
Menerusi hantaran tersebut, bapa kepada dua orang anak itu mengakui cukup terkesan dengan kehilangan insan tersayangnya iaitu arwah ibunya, Che Ani dan juga bekas isterinya.
Baca ni Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta
Manakan tidaknya, banyak kenangan dan momen indah yang dikongsikan bersama selama ini.
Missing both my mother and x wife on this mother day. Al- Fatihah to both roh mereka.
Masa-masa ini teringat dan rindu sangat belaian ibu, senyumannya dan juga bau badan dan rambutnya. I have kept all my mother stuff exactly in the wardrobe when she left us. Bags of her clothing from the hospital then went home without her is still sitting on the floor not unpacked although she has passed away on Jan 12th a year ago.
Now is 1.5 years since she has left me. When I missed her alot i even sleep in her bed or have nap and sometime wiished she will come into my dream," ujarnya.
Anak kelahiran Pahang itu turut berkongsi perbualan bersama ibunya yang ketika itu sedang sakit.
Teringat semasa dia sakit just that last few months getting up feeling her hand in the dark next to me trying to reach my face.I said " Tidur la Mak kenapa raba2 ni cari Wan nak tidur?
She said " Emak nak tengok takut kau tinggal emak Wan"
Baca juga #SiBibirMerah: Puas berbakti kepada mak ayah, bila pergi tiada sesalan, Chef Wan jadi inspirasi
In the end dia pulak yang tinggal kita. Just two weeks before she passed away we were both sitting on the sofa watching TV.
Suddenly she picked my hand and put my hand on her chest. She said " Do u love me this much? I said " Mom what kind of question is that?
Emak degil tak nak makan or ambil ubat pun Wan menangis. If I dont love u i would have not given u all this attention. I took u all over the world, buy u anything that u wished for that i can afford and give u the best medical care. Emak cakap apa ni.. She renung my face.
She said " Emak rasa tak lama lagi emak kena pergi ini. Emak selalu doa terbaik untuk Wan in all my solat. Emak rasa sangat bertuah Wan dapat jaga emak sebaik ini.
Then she broke down...I cried too and we hug each other.
She said holding her both hand both my cheek ... " U know how much i love u kan? I said Yes emak," ungkap Chef Wan.
Biarpun sedih dengan kehilangan tersebut, namun personaliti televisyen itu reda dengan ketentuan Ilahi. Bahkan, beliau turut menanam hasrat untuk menjaga adik-beradiknya selagi ada hayatnya.
Baca lagi Lama tahan tangisan, talkin dibaca air mata Chef Wan berderai, orang terakhir tinggalkan kubur ibu
Sampai ketika perpisahan ini semua ada la kerja ALLAH emak.
Dia menentu kan segala galanya. Wan sampai mati pun sikap Wan tak kan berubah emak. Wan akan jaga adik beradik dan keluarga kita.
If u have to go u must go in peace.
Esok tiba masanya Wan pulak mengikuti emak nanti. Despite how bad the cancer had ravaged her body she went into coma for 11days and slipped awayDr said " I dont know what she did in her past life.
I tell u CW this is a bonus. She not in pain and just sleep till the end.
Itu pun i asked her to go.
Perkongsian yang cukup meruntun hati itu mendapat perhatian warga maya. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan memberikan kata-kata semangat buat Chef Wan.
'i cry. Alfatihah buat mak @_chefwan58 . Smoga arwah cik ani bersama org2 yg beriman. Amin ya rabbalamin.'
Baca juga Turun berat badan, Chef Wan kongsi perkembangan selepas kemoterapi, tetap confident tampil botak
'Gone but never forgotten, forever in our heart .'
'Ye DCW...Telekung last Arwah Mak guna sebelum dia meninggal dunia kami tak basuh dan masih elok dilipat ..Baunya harum sptmana dia guna berbedak subuh tu...Dah 2.5 tahun berlalu..Sayang Mak selamanya..All Fatihah(dibaca).'
'Alfatihah dibaca buat mereka. Jannh buat mereka in sya Allah. .'
'Semoga Allah memberikan ganjaran syurga buat ibu @_chefwan58 . Aaminnn.'
'Al-Fatihah dibaca buat Allahyarhamah Bonda Dato'..the beautiful bond Dato' has with Allahyarhamah touches our hearts...'
'MasyaAllah tabarakallah...semoga sy dan lain2 dpt menjadi anak yg soleh/solehah mcm CW..dan membahagiakan keluarga..insyaAllah❤️'
'Airmata .. tolonglah …..sarat rindu tak akan berhenti …. Kuat semangat ya DCW.'
'ak boleh dengar lagu ni auto teringat arwah my mak. Alhamdulillah DCW dapat jaga Cik Ani... I lost my mak when I was 14 yrs old to cancer too. Makin hari makin rindu... Take care DCW ❤️
Sumber: Instagram _chefwan58
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang