TREND pembelian tanpa tunai dan penyedia khidmat pengiriman makanan dalam talian kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Tambahan pula pembelian atau tempahan produk makanan siap bungkus dan mudah sedia melalui penghantaran terus atau take away sudah menjadi fenomena malahan kebiasaan masyarakat.

Kita hanya perlu memilih menu yang diinginkan dan pesanan boleh dibuat melalui aplikasi yang mudah diakses hanya menggunakan telefon pintar.

Setelah membuat pesanan, ia kemudiannya akan terus dihantar sehingga ke depan pintu dan bayaran juga boleh dibuat secara online atau tunai. Cukup mudah bukan?

Trend itu dilihat semakin menjadi keutamaan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diambil kerajaan disebabkan oleh penularan Covid-19 pada Mac tahun lalu.

Kini, perkhidmatan itu sekali lagi menjadi keutamaan pengguna apabila kerajaan sekali lagi mengumumkan perlaksanaan PKP akibat kes Covid-19 yang dilihat makin membimbangkan.

Namun, perlaksaan perintah kawalan itu dipecahkan mengikut negeri menjadi tiga kumpulan iaitu PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Disebabkan itu, salah satu daripada perkhidmatan penghantar pesanan popular di Malaysia, iaitu Food Panda melalui kenyataan rasminya di Instagram baru-baru ini telah mengumumkan waktu operasi baharu mereka sepanjang PKP yang telah berkuat kuasa Rabu lepas.

Perubahan ini juga diambil selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia ketika ini.

Melalui kenyataan tersebut, waktu operasi dan tempahan baharu untuk perkhidmatan FoodPanda adalah berbeza mengikut negeri.

Bagi Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan kawasan Lembah Klang, ia beroperasi sehingga jam 8 malam tetapi tempahan terakhir akan diambil adalah pada jam 7.30 malam sahaja.

Iklan

Seterusnya bagi negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan, perkhidmatan itu akan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam tetapi tempahan terakhir yang boleh diterima adalah pada jam 11.30 malam.

Sementara bagi Sarawak pula, ia akan beroperasi sehingga jam 10 malam dan tempahan terakhir adalah pada jam 9.30 malam.

Oleh itu pelanggan dinasihatkan agar peka dengan perubahan jadual operasi terkini mereka bagi mengelakkan pesanan korang tidak diterima terutama waktu kemuncak di penghujung operasi.

Iklan

Jika tidak, terpaksa la korang menahan lapar jika pesanan tak diterima tambahan pula kedai-kedai makan terutama negeri yang dikenakan PKP hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Semoga bermanfaat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by foodpanda Malaysia (@foodpandamy)