DUA hari lalu heboh di laman Twitter rungutan orang ramai yang mengalami kerosakan apabila melalui jalan berlubang di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Menerusi beberapa ciapan di aplikasi itu, ada yang mendakwa mengalami kerosakan rim dan tayar kereta dek lubang besar.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Malah, pada ketika itu juga dikatakan terdapat lebih 10 buah kereta tersadai di tepi jalan susur keluar Subang.

Berikutan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini tampil memohon maaf dan melahirkan rasa kesal atas kejadian tersebut.

Beberapa buah kenderaan dikatakan mengalami kerosakan selepas melalui lorong yang terkesan akibat hujan lebat di NKVE KM15.8 (arah selatan) di antara Persimpangan Damansara dan Subang pada Sabtu lalu.

Justeru itu, PLUS menyatakan kesediaannya untuk membantu pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan pada kejadian tersebut dengan menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000 untuk sebarang pertanyaan atau secara atas talian menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my.

Iklan

Katanya dalam satu kenyataan, pada kejadian yang berlaku semalam, sepasukan PLUSRonda telah segera ke lokasi untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang terkandas dan menguruskan trafik.

“Hasil siasatan awal oleh PLUS juga mendapati insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan pada pengguna lebuh raya.

“Pasukan penyelenggaraan lebuh raya telah mengesan keadaan jalan yang tidak rata di lokasi kejadian dan telah menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan segera.

Baca juga Video konvoi VVIP ‘gerak dulu’ ambulans ‘perlu tunggu’ tular, warganet luah tak puas hati

“Pada ketika ini, PLUS sedang mengadakan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kerosakan dan meningkatkan pemantauan demi keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya mempunyai pengalaman perjalanan yang lebih selamat,” ujarnya.

Justeru, bagi korang yang telah mengalami kerosakan kenderaan akibat melalui kawasan tersebut, boleh menghubungi PLUS dengan segera ya.

Iklan

Sentiasa berhati-hati di jalan raya bagi yang sedang memandu pada musim tidak menentu ini.