LORONG tunai sering menjadi punca kesesakan di plaza tol seluruh negara tetapi semua itu sudah menjadi sejarah.

Diam tak diam, sudah lebih tiga tahun PLUS Malaysia Berhad berjaya melaksanakan sistem transaksi tol tanpa tunai (100 peratus elektronik) di semua plaza tol PLUS sejak April 2017.

Syabas PLUS Malaysia!

Jangan ‘cuak’ kalau SmartTAG gagal berfungsi. Ikut langkah mudah ni

Namun, pernahkah korang mengalami sebarang masalah ketika menggunakan lorong tanpa tunai atau lebih dikenali sebagai lorong SmartTAG?

Mesti pernah bukan? Kalau bukan sebab kurang baki mungkin juga masalah teknikal peranti itu sendiri atau masalah-masalah lain yang timbul yang kita sendiri tak mampu untuk menjangka.

Jadi, apa yang perlu korang buat jika mengalami situasi agak cemas seperti itu? Jom SinarPlus kongsikan langkah-langkah mudah jika SmartTAG korang gagal berfungsi dan cara-cara mengatasi situasi tersebut.

Semoga bermanfaat!

Sebelum Memandu

  • Pastikan kredit kad Touch ‘n Go mencukupi.
  • Pastikan kuasa bateri alat SmartTAG mencukupi.
  • Alat SmartTAG mestilah berfungsi dalam keadaan yang baik.
  • Pastikan kedudukan alat SmartTAG berada pada kedudukan yang betul supaya mudah dibaca oleh sensor ketika melalui lorong tanpa tunai.

Jangan ‘cuak’ kalau SmartTAG gagal berfungsi. Ikut langkah mudah ni

Iklan

Jika SmartTAG Gagal Berfungsi

  1. Perlahankan kenderaan dan jangan panik.
  2. Betulkan kedudukan SmartTAG supaya mudah dibaca oleh mesin.
  3. Undurkan kenderaan perlahan-lahan supaya SmartTAG dapat dibaca sekali lagi.
  4. Jika SmartTAG masih gagal berfungsi, undur sekali lagi dan rapatkan kenderaan di bahagian kanan supaya mesin boleh mengesan kad Touch ‘n Go sebagai alternatif kedua.
  5. Buka tingkap dan sentuh kad Touch ‘n Go pada panel sentuh yang terdapat di bahagian kanan plaza dan pandu seperti biasa.
  6. Jika masih gagal, tekan butang bantuan yang terdapat pada panel Touch ‘n Go dan dapatkan bantuan daripada jurutol.

Cara Terbaik Yang Perlu Diamalkan

  1. Keluarkan SmartTAG lebih awal.
  2. Jangan sesekali bunyikan hon jika terdapat kenderaan yang mengalami masalah kegagalan SmartTAG berfungsi di hadapan.
  3. Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yang sesuai.
  4. Jangan sesekali menukar lorong di saat-saat akhir.
  5. Sentiasa selenggara atau memeriksa bateri alat SmartTAG sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya bateri berada dalam keadaan yang baik dan alat SmartTAG sedia untuk diguna pakai.
  6. Bateri SmartTAG perlu diselenggara dan ditukar dua bulan sekali bergantung pada penggunaan.

Jangan ‘cuak’ kalau SmartTAG gagal berfungsi. Ikut langkah mudah ni

INFO SmartTAG

SmartTAG boleh digunakan selagi masih boleh berfungsi. Tiada tamat tempoh. SmartTAG juga boleh digunakan bersama kad Touch ‘n Go yang berlainan (bukan dengan kad yang sama sahaja).

Tetapi kad Touch ‘n Go mempunyai tarikh luput 10 tahun dari tarikh pengeluaran. Kad Touch ‘n Go juga perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun untuk mengelakkan daripada dinyahaktifkan.

Iklan

Korang juga boleh menggunakan kad pengenalan sebagai Touch ‘n Go selepas membuat tambah nilai di mana-mana kemudahan Touch ‘n Go.

Selain itu, korang boleh mendapatkan nombor siri kad Touch ‘n Go bagi kad pengenalan korang melalui resit tambah nilai.