LORONG tunai sering menjadi punca kesesakan di plaza tol seluruh negara tetapi semua itu sudah menjadi sejarah.
Diam tak diam, sudah lebih tiga tahun PLUS Malaysia Berhad berjaya melaksanakan sistem transaksi tol tanpa tunai (100 peratus elektronik) di semua plaza tol PLUS sejak April 2017.
Syabas PLUS Malaysia!
Namun, pernahkah korang mengalami sebarang masalah ketika menggunakan lorong tanpa tunai atau lebih dikenali sebagai lorong SmartTAG?
Mesti pernah bukan? Kalau bukan sebab kurang baki mungkin juga masalah teknikal peranti itu sendiri atau masalah-masalah lain yang timbul yang kita sendiri tak mampu untuk menjangka.
Jadi, apa yang perlu korang buat jika mengalami situasi agak cemas seperti itu? Jom SinarPlus kongsikan langkah-langkah mudah jika SmartTAG korang gagal berfungsi dan cara-cara mengatasi situasi tersebut.
Semoga bermanfaat!
SmartTAG boleh digunakan selagi masih boleh berfungsi. Tiada tamat tempoh. SmartTAG juga boleh digunakan bersama kad Touch ‘n Go yang berlainan (bukan dengan kad yang sama sahaja).
Tetapi kad Touch ‘n Go mempunyai tarikh luput 10 tahun dari tarikh pengeluaran. Kad Touch ‘n Go juga perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun untuk mengelakkan daripada dinyahaktifkan.
Korang juga boleh menggunakan kad pengenalan sebagai Touch ‘n Go selepas membuat tambah nilai di mana-mana kemudahan Touch ‘n Go.
Selain itu, korang boleh mendapatkan nombor siri kad Touch ‘n Go bagi kad pengenalan korang melalui resit tambah nilai.
BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…
BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…
TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…
SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…
PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…
PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…