Jangan salah langkah! Ikut cara Fourkay jual beli emas gadaian tanpa riba, paling penting patuh syariah

No Image Caption
A
A
A

PERNAH tak rasa ragu-ragu masa nak jual emas gadaian atau beli surat pajak? Kadang-kadang hati kecil kita tertanya-tanya, “Eh, benda ni betul ke? patuh syariah tak?” Kalau pernah, anda tak keseorangan. Masih ramai sebenarnya yang keliru tentang hal ini.

Dalam masyarakat kita, ada segelintir yang mungkin tak faham sepenuhnya cara urusan emas gadaian ini berjalan. Akibatnya, ada yang terjebak dalam urusan yang berisiko, mungkin juga melibatkan unsur riba atau penipuan. Jadi, apa sebenarnya jalan penyelesaian?

Bagi anda yang was-was atau keliru, Fourkay Sdn Bhd menawarkan cara yang lebih selamat dan, paling penting, patuh syariah untuk urusan jual beli emas gadaian.

No Image Caption

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus, Fourkay mendapat pengiktirafan Sijil Pematuhan Syariah – satu pengesahan rasmi yang menunjukkan semua transaksi mereka bebas riba. Ini bermakna anda tak perlu risau tentang unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip Islam.

“Kami ingin membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan tetapi masih nak pastikan urusan mereka mengikut hukum Syariah,” jelas Puteri Ainsyah.

Apa yang menariknya tentang Fourkay adalah cara mereka beroperasi. Mereka tak beli surat pajak, tapi terus beli emas. Kalau anda pernah dengar kes surat pajak emas yang ada unsur penipuan, ini takkan berlaku di Fourkay. Segala urusan dilakukan secara telus oleh staf mereka sendiri, tanpa orang tengah atau ejen.

Buat masa ini, Fourkay hanya beroperasi di Southville City, Dengkil. Tapi jangan risau, mereka merancang untuk buka cawangan di seluruh Malaysia. Jadi, siapa tahu? Mungkin lepas ini ada cawangan dekat kawasan anda.

Kalau nak tahu, Fourkay juga memiliki Sijil Pematuhan Syariah yang diperoleh selepas melalui proses semakan ketat oleh Elzar Shariah Solution and Advisory.

Ketua Pegawai Eksekutif Elzar, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menjelaskan, langkah tersebut penting untuk memastikan urusan jual beli emas bebas riba.

No Image Caption

“Mereka mengubah struktur transaksi, daripada membeli hutang dengan tunai kepada membeli emas. Ini sejajar dengan prinsip Islam,” katanya

Pada masa sama, syarikat berkenaan turut berusaha membina masa depan yang lebih selamat dan patuh Syariah untuk masyarakat. Dengan sijil yang diperbaharui setiap dua tahun, Fourkay komited untuk terus kekal telus dan dipercayai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang