Jangan sesekali ditipu! Polis hanya telefon individu untuk urusan rasmi dan temu janji di balai

Jangan sesekali ditipu! Polis hanya telefon individu untuk urusan rasmi dan temu janji di balai
Jangan sesekali ditipu! Polis hanya telefon individu untuk urusan rasmi dan temu janji di balai
A
A
A

POLIS sekali lagi mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan taktik digunakan penjenayah siber dan menegaskan pihak berkuasa tidak sekali-kali akan membuat panggilan telefon kepada mana-mana individu untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

Memetik laporan portal media tempatan, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis hanya akan membuat panggilan untuk membuat temu janji hadir ke balai polis bagi sebarang urusan rasmi.

"Sebarang urusan yang berkaitan dengan akaun, tangkapan, laporan polis dan kes jenayah hanya diselesaikan di pejabat, balai polis, atau mahkamah. Pihak polis tidak pernah menelefon mana-mana individu untuk selesaikan kes malah untuk sebarang urusan rasmi mereka (individu terlibat panggilan) perlu ke balai polis.

“Oleh demikian, saya ingin mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dengan modus operandi yang digunakan penjenayah siber,” katanya.

Ditanya mengenai kes penipuan pembelian dalam talian, Acryl Sani berkata, individu yang tertipu semasa pembelian dalam talian dinasihat untuk ke balai polis bagi membuat laporan kerana polis memerlukan maklumat mengenai nombor akaun yang digunakan penjenayah siber.

“Ada mangsa yang kena tipu pembelian dalam talian iaitu nilai tidak besar tetapi mereka tidak melaporkannya kepada polis dan menganggap perkara yang menimpa mereka tidak besar serta serius,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun lepas sahaja sejumlah 28,508 pelbagai kes penipuan dalam talian melibatkan 18,130 akaun keldai dilaporkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.4 bilion.

“Pada awal tahun ini sehingga September lepas pula, polis menerima 14,000 pelbagai kes penipuan dengan kerugian lebih RM400 juta,” katanya.

Sehubungan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, korang juga boleh memeriksa dan menyemak akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah secara sahih hanya dengan menggunakan aplikasi khas.

Aplikasi tersebut dikenali sebagai Semak Mule dan korang yang ingin menggunakan aplikasi tersebut boleh memuat turun  Semak Mule di platform Google Playstore.

Aplikasi tersebut boleh diakses pada bila-bila masa untuk membuat semakan awal sebelum korang menjadi mangsa penipuan.

Apa pun berhati-hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca