MUNGKIN sebelum ini korang hanya mendengar dan melihat cerita dari negara seperti Korea Selatan tentang keseronokkan menonton wayang secara drive in cinema.

Tapi jangan tak percaya, di Malaysia pun bakal ada panggung wayang macam ni tau.

Pertama di Malaysia, akhirnya berita panggung wayang drive in ini diumumkan menerusi satu hantaran di akaun @mjjunction2020 yang merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.

Mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyatakan keterujaan, lokasi dan tarikh tayangan bagaimanapun masih belum diumumkan lagi.

Seperti yang korang sedia maklum, panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, masih ada pihak yang berjaga-jaga enggan ke panggung wayang kerana risau akan keselamatan kesihatan mereka. SinarPlus percaya langkah perlaksanaan drive-in ini adalah salah satu usaha yang baik.

Dengan adanya wayang secara drive-in, maka bolehlah korang menonton tanpa rasa risau untuk menjaga jarak sosial. Untuk kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah pilihan tontonan korang.

Dengan menguna pakai konsep tonton dari dalam kereta, tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka.

Jangan tak percaya Malaysia bakal guna pakai Konsep ‘drive in’ cinema seperti di Korea

Sama macam korang tengok wayang dalam hall tapi ini versi drive-in cinema yang mana struktur panggung wayang yang terdiri daripada skrin putih yang besar, mesin projektor, dan kawasan meletak kenderaan yang luas.

Iklan

Seperti apa yang pernah dilaporkan media, pada asalnya, bunyi filem dapat didengari daripada pembesar suara yang diletakkan berhampiran layar, tetapi ada juga yang meletakkan pembesar suara individu yang digantung dari tingkap setiap kereta dan disambung dengan wayar.

Populariti drive-in cinema kini semakin meningkat apabila beberapa kawasan dan negara di seluruh dunia menggunakan cara tersebut untuk menayangkan filem kepada orang ramai seperti di Korea, Dubai malahan negara jiran seperti Singapura dan Indonesia sudah pun melaksanakannya.

Wah bestnya, amacam korang? So, jom lah dapatkan tiket korang sekarang! Tak salah kita explore benda baharu kan?

 

Iklan