TINGGAL tiga atau empat hari lagi kita nak sambut raya dan sudah tentunya setiap persiapan kena buat dengan terperinci.

Tak kiralah sama ada perjalanan jauh atau pun dekat, isu keselamatan perlu menjadi keutamaan.

Ini kerana kita akan tinggalkan rumah atau harta benda lain pada tempoh masa yang panjang.

Risau juga kalau-kalau sikap cuai atau sambil lewa boleh menyebabkan kita terpaksa tanggung kos kerugian yang tinggi pada kemudian hari.

tip balik raya
SUMBER foto PEXELS.

Lyn Abu Bakar melalui akaun TikTok berkongsikan tip menarik untuk kalian yang akan bercuti panjang.

Untuk keselamatan, beliau menyarankan untuk memasang stopper pintu berserta alarm.

Gajet comel tersebut boleh diletakkan di belakang bawah pintu dan tinggalkan begitu saja.

tip balik raya

Jika ada penjenayah masuk melalui pintu dapur, stopper tersebut akan berbunyi nyaring.

Selain itu, White Dot Malaysia juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan tiga perkara wajib sebelum pulang ke kampung halaman.

Berikut tip yang dikongsikan:

1. Pastikan semua suis lampu, kipas pendingin hawa ditutup supaya tidak berlaku litar pintas.

tip balik raya

2. Semak tong gas ditutup sepenuhnya.

3. Kunci rumah sebelum bergerak.

Dah gerak tu jangan lupa pula bawa baju raya. Karang menangis pula di pagi Syawal sebab pakaian tertinggal.

PERIKSA KERETA

Bab keselamatan kereta pula jangan dipandang ringan.

Collen Auto sarankan tiga tip sebelum anda berjalan jauh. Memang bagus langkah yang dicadangkan ini:

tip balik raya

1. Periksa aircond kereta sama ada berfungsi dengan baik atau tidak. Jalan jauh jangan sampai berpanas pula ya!

Iklan

2. Bunga tayar kena pastikan masih okey sebab kalau sudah botak, bahaya nanti kalau jalan licin.

3. Jangan lupa basuh di dalam dan di luar kereta. Barulah semangat nak balik kampung dengan kenderaan sudah bersinar dari jauh.

Baca juga Wanita wajib pandai bawa kereta, waktu terdesak tak bergantung harap, 10 tip ini kena tahu

Banyak sebenarnya benda yang perlu diambil peduli buat kalian yang melakukan perjalanan jauh.

Pastikan juga kenderaan masing-masing sudah diservis lebih awal untuk percutian yang lebih selesa.

tip balik raya
SUMBER foto PEXELS.

Hati pun tak risau bila tinggalkan rumah untuk cuti seminggu, kan?

Iklan

Ini yang paling penting dan ramai yang malas nak buat.

Ingat, jangan lupa isi borang balik kampung yang diedarkan pihak polis supaya pemantauan kawasan boleh dijalankan.

Baca juga Sebelum rancang untuk bawa si bulus naik kereta, ikut 7 tip mudah ni

Sekurang-kurangnya, kawasan penempatan rumah kita akan menjadi antara destinasi pemeriksaan pihak berkuasa.

Okey! Jangan lupa buat semua yang disenaraikan di atas ya. Selamat pulang ke kampung. Hati-hati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.