Jangan terlalu yakin memandu redah banjir, anda mungkin rugi ribuan ringgit

A
A
A

UNTUK pengetahuan, mana-mana kenderaan bermotor sememangnya berisiko mengalami kerosakan jika enjin dimasuki air terutamanya kenderaan terkini hari ini kebanyakannya telah mengguna pakai sistem ‘electronic fuel injection’.

Oleh demikian, sikap terlalu yakin pemandu yang mengambil risiko meredah banjir demi meneruskan perjalanan boleh mengakibatkan mereka terkandas di tengah-tengah banjir dan pastinya mampu menyundang bahaya malahan nyawa.

Hal itu dibuktikan apabila di aplikasi whatapps kumpulan dan laman sosial seperti Facebook termasuk TikTok kini pelbagai situasi dikongsi pengguna yang memperlihatkan beberapa pengguna yang tetap berdigil meredah banjir untuk meneruskan perjalanan.

Akibat degil, motosikal hanyut ketika redah air deras, ini langkah penting yang perlu dibuat ketika banjir

Akibatnya, beberapa kes kenderaan hanyut dibawa arus telah dilaporkan yang mana kenderaan mangsa seperti motosikal termasuk juga lori akhirnya hanyut dan rosak akibat gagal untuk melawan arus deras.

Tampahan pula kos membaiki kerosakan kenderaan yang dimasuki air boleh mencecah ribuan ringgit terutamanya kenderaan sekarang yang sudah menggunakan ‘electronic fuel injection’ sebab ia banyak sensor dan lebih sensitif. Jadi awas!

 Jangan terlalu yakin memandu redah banjir, anda mungkin rugi ribuan ringgit

Jika korang benar-benar yakin untuk redah banjir, pastikan air tidak melebihi paras ‘suction air intake’ iaitu jika bagi kereta ia tidak melepasi hud dan untuk motosikal tidak melepasi paras tempat duduk penunggang.

Namun sebaiknya jangan sesekali mengambil risiko untuk memandu semasa banjir kerana risiko yang mungkin dialami dan langkah yang perlu diambil adalah seperti :

  • Kerosakan biasa selalunya air masuk ke dalam karburetor bagi kenderaan yang masih menggunakan karburetor.
  • Kenderaan juga mampu rosak akibat litar pintas iaitu kegagalan sistem elektronik akibat terkena air.
  • Letak kenderaan di tempat selamat seperti tempat yang tinggi atau kawasan yang tidak mudah dilimpahi air banjir.
  • Sekiranya kereta ditenggelami banjir, jangan sesekali menghidupkan enjin bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan.
  • Enjin yang dimasuki air perlu dibersihkan secara menyeluruh.
  • Minyak pelincir harus ditukar baru dan perlu membuka palam pencucuh untuk membantu mengeringkan ruang pembakaran dengan memutarkan enjin bagi mengeluarkan air terkumpul.
  • Pandu kenderaan dengan perlahan kerana jika memandu laju boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman.
  • Gunakan gear rendah dengan mengekalkan momentum pemanduan.
  • Periksa juga enjin atau kotak gear dengan memeriksa batang celup (dipstick) kereta. Jika melebihi amaun sepatutnya ia bermaksud enjin sudah dimasuki air dan perlu diperiksa segera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca