Jarum suntikan vaksin Covid-19 PM ditukar? Ini penjelasan pengamal perubatan
SEPERTI apa yang diketahui umum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menjadi individu pertama di negara ini yang menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech.
Selain beliau, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat orang petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya turut dilaporkan menerima vaksin yang serupa semalam.
Penerimaan suntikan dos pertama bagi Malaysia itu juga disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi semalam.
Namun, setelah beberapa jam mereka disuntik, tular pula posting di media sosial Facebook apabila ada individu mendakwa jarum yang digunakan oleh petugas kesihatan untuk menyuntik Perdana Menteri telah ditukar.
Posting tular itu kini menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan orang ramai! Adakah benar jarum tersebut ditukar dan apakah motifnya?
Menurut salah seorang pakar perubatan, Dr Arisman berkata, perkara yang dilihat oleh orang ramai itu ada jawapannya dan ia bukanlah satu perkara yang pelik dalam dunia perubatan.
Beliau juga menceritakan panjang lebar di laman Facebooknya apabila ada individu yang bertanyakan kepadanya adalah benar jarun yang digunakan oleh PM itu ditukar atau sebaliknya.
“Ada follower tanya "Betul ke ni doktor, jarum dia berubah? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren? Menipu ke? Risau takut info ini mengelirukan masyarakat luar sana.“Terima kasih. Ya! Betul. Bagi mereka yang tak tahu, ianya akan sangat mengelirukan. Antivaksin setiap masa akan cuba cari cara dan helah untuk menipu kita dan membenci kepada vaksin.
“Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka untuk menerima suntik di klinik, jururawat akan melakukan hal yang sama,” tulisnya.
Mengapa? Ini penjelasannya :
1. Ambil jarum dengan saiz lebih besar untuk menarik masuk ubat dari ampoule/vial vaksin. Kenapa? Sebab lebih cepat dan mudah prosesnya menarik ubat untuk masuk ke dalam picagari (syringe) dengan cepat.
Ada yang pakai warna biru (saiz 23G), ada yg pakai lebih besar seperti warna hijau (saiz 21G)
2. Selepas ubat dah masuk dalam picagari (syringe), kemudian jururawat/doktor akan tukarkan jarum sahaja kepada saiz yang lebih sesuai iaitu tempat suntikan dan saiz badan individu. Picagari tak akan bertukar ya.
Jika nak suntik pada bahagian punggung orang dewasa yang lebih tebal isi kulit dan lemak, maka doktor akan tukarkan kepada jarum warna biru juga (jarum berbeza dengan jarum yg dipakai pada awalnya) ataupun jarum berwarna hijau.
Jika nak suntik pada bahagian lengan, nak pakai jarum biru pun boleh jika berbadan besar, tetapi kebanyakkan kami akan memilih jarum berwarna oren kecil bersaiz 25G.
Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya. Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor atau jururawat ingin mengambil darah pesakit. Ada macam-macam warna kan?
Selain itu, antara sebab penting perlu tukar jarum tersebut adalah untuk mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit.
Ok. Dah boleh stop sebarkan berita tersebut.
Jangan kelirukan masyarakat lagi ye antivaksin. Belajarlah untuk memberi manfaat kepada orang lain, bukan berikan kemudaratan.
TUKAR "JARUM VAKSIN" SEMASA SUNTIK PM ?Ada follower tanya "Betul ke ni doktor, jarum dia berubah?? Ambil ubat pakai...
Posted by Dr. Arisman, MD. on Wednesday, 24 February 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang