Wow! Gaji RM3,000 untuk jawatan jurutidur profesional dikehendaki di Malaysia

A
A
A

BERITA baik untuk korang yang suka tidur, jika sebelum ini ada yang berharap pekerjaan tidur wujud di dunia ini, sekarang mungkin impian korang dah jadi kenyataan.

Walaupun pekerjaan tersebut pernah dilaporkan wujud di luar negara, kini tiba giliran Malaysia pula merealisasikan.

Menerusi kempen ‘Get Paid to Sleep’ yang dibuat oleh sebuah syarikat tilam tempatan Sonno Malaysia Sdn Bhd, seorang ‘Eksekutif Tidur’ sedang dicari untuk tidur di atas tilam mereka selama 8 jam sehari bagi tempoh 100 malam.

vJawatan jurutidur profesional terbaik di Malaysia dikendaki dengan tawaran gaji RM3,000!

Menariknya, jawatan panas itu turut menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 sebagai imbuhan gaji. Wow! Kerja tidur jer gais. Korang tak kan tak nak?

Sekiranya korang berminat, inilah masanya! Korang hanya perlu meletakkan kepala di bantal dan tidur sahaja untuk melayakkan korang menerima ganjaran wang sebagai gaji.

Berikut adalah maklumat tentang jawatan yang ditawarkan:

  • Status jawatan: Kontrak (1 Sep-10 Dec 2020)
  • Ganjaran: RM3,000
  • Tilam Sonno Lite dan bantal akan disediakan oleh pihak syarikat, korang hanya perlu menyediakan bilik tidur dan katil sahaja.

Jobscope yang korang perlu buat adalah seperti berikut:

  • Tempoh tidur adalah 8 jam bagi setiap malam.
  • Tugas selama 100 hari bermula pada 1 September hingga 10 Disember 2020.
  • Korang perlu tulis report tentang pengalaman tidur menggunakan tilam tersebut.
  • Rekod dan hantar dua video berdurasi 30 saat setiap minggu kepada pihak syarikat.

Menarik bukan? Paling best, tilam dan bantal yang disediakan akan menjadi hak milik korang terus!

Ha, bagi siapa yang berminat bolehlah cuba mohon pekerjaan ini. Ayuh buktikan yang korang memang layak dipilih dan merupakan jurutidur profesional terbaik di Malaysia!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca