KITA sebagai hamba Allah diperintahkan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati mereka selagi nyawa dikandung badan.

Ini kerana ibu bapa telah mencurahkan jasa bakti yang amat besar kepada anak-anak sehingga mereka berkorban nyawa, tenaga dan harta.

Kedudukan ibu bapa di sisi Allah juga amatlah tinggi sehinggakan ALLAH meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa selepas atau bersebelahan dengan perintah tidak menyembah selain daripada ALLAH dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun.

Bagi sesiapa yang sudah kehilangan kedua ibu bapanya, ia sama sekali tidak menghalang seseorang itu berbakti dan berbuat baik kepada orang tuanya.

Sentiasalah mendoakan pengampunan dan kesejahteraan mereka di alam barzakh.

Begitu juga perkongsian dermawan dan penceramah popular, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau juga lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew.

Menurutnya, berbakti kepada ibu dan ayah boleh juga dengan memberikan wang belanja.

Iklan

“Janganlah sesekali terlintas lagi difikiran bahawa sedikit kiriman duit belanja untuk ibu dan ayah itu menjadi beban pada kita.

“Jangan! Kira-kira Matematik pasti menunjukkan duit kita makin berkurangan.

“Namun kira-kira Tuhan melalui keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka itu rupanya berbeza.

“Ibu dan bapa ini, doanya mereka sahaja tidak ternilai harganya,” tulisnya dalam ruangan Ebit Lew Channel.

Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja

Baca juga Jual makanan air tangan chef resort empat bintang berkonsep pandu lalu demi kelangsungan hidup

Iklan

Pesan Ustaz Ebit, kita sebagai anak jangan pernah berkira untuk mengirim duit belanja.

“Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira untuk mengirim duit belanja.

“Seringgit kita kirim untuk gembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda. Malah, melalui rezeki dan keberkatan hidup yang tidak dijangka-jangka,” pesan beliau.

Semoga kita sebagai anak tidak pernah lupa untuk berbakti kepada ibu bapa selagi mereka masih ada.