Jimat dan berbaloi, Super Sale PdPR di Karangkraf Mall tawar buku serendah RM2

A
A
A

DEMI menjaga keselamatan semua ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan penuh, kebanyakan sektor disarankan untuk bekerja dari rumah termasuklah institusi pendidikan seperti sekolah dan kolej.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) dijalankan secara atas talian atau ‘online’.

Oleh itu, bagi pelajar sekolah yang akan bakal menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka harus lebih berusaha. Ini kerana PdP secara atas talian memerlukan pengorbanan yang lebih di mana ulangkaji dan latihan pengukuhan perlu dilakukan untuk meningkatkan pemahaman bagi sesetengah subjek.

Jimat dan berbaloi, Super Sale PdPR di Karangkraf Mall tawar buku serendah RM2

 

Memahami situasi ini, Karangkraf Mall mengadakan Super Sale PDPR Online: Road to Skor Straight A++.

Menariknya, dalam jualan buku pendidikan besar-besaran ini korang boleh mendapatkan koleksi buku pendidikan serendah harga RM2!

Tidak hanya itu, buku kanak-kanak dan buku pendidikan bestseller diberi diskaun 15% + 15%. Menarik bukan?

Jimat dan berbaloi, Super Sale PdPR di Karangkraf Mall tawar buku serendah RM2

Korang juga berpeluang mendapatkan ‘free gift’ istimewa sekiranya membuat pembelian sebanyak RM50 keatas.

Justeru, bagi ibu bapa yang mencari buku latihan terbaik buat anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan seperti SPM bolehlah merebut peluang ini untuk mendapatkan bahan bacaan dan ulangkaji terbaik untuk mereka.

Baca juga: Berita baik untuk golongan Gen Z, tuntut RM150 eBelia mulai hari ini

Dengan tagline ‘Anda pesan online dan kami hantar terus di depan pintu rumah’, korang tak perlu risau lagi kerana hanya perlu membuat pesanan melalui WhatsApp sahaja atau laman web karangkraf. Rebut peluang dengan membuat pembelian sekarang kerana Super Sale ini telah bermula pada 25 Mei 2021 sehingga 30 Julai 2021.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pupuklah minat menggali ilmu melalui pembacaan dalam diri mereka sejak kecil lagi. Sementelah pada musim pendemik ini, biar mereka mengisi masa terluang dengan amalan membaca.

Sumber: Karangkrafmall.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca