Jom mohon! MySTEP 2023 buka 50,000 peluang kerja kosong

MYSTEP ni adalah inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ , ia diteruskan bagi tahun ni dengan menawarkan lebih banyak peluang kerjaya secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

Apakah itu MySTEP?

1. Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

2. MySTEP ni disediakan khusus buat warganegara Malaysia sahaja berusia 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik. Tak kisah apa sijil yang kalian ada tau!

Inilah usaha kerajaan buka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

3. Pada tahun 2021 MySTEP dah berjaya catat jumlah penyertaan sebanyak 64,921. Ia telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.

Baca juga Wanita kongsi tip hadir temu duga SPA, boleh praktik panduan ‘pasti lulus’ ini

temu duga
Gambar fail.

4. Bagi tahun 2022 pula, MySTEP  ni sasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.

5. Tahun ni pula melihat kepada kejayaan program pada tahun-tahun lepas, inisiatif ni diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023.

6. Jadi tahun ni, MySTEP diteruskan dengan tawarkan 50,000 kerja kosong yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

7. Selain itu, kerajaan berharap inisiatif ni terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP;

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

Kadar Upah / Bayaran;

  • Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

Penempatan MySTEP;

Iklan

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLC dan rakan strategik
  3. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
  4. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
  5. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  6. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik.

Baca juga Mohon bakal majikan bayar grab RM31, ini larangan ketika temu duga

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah;

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut;

  • Sektor Awam / GLC / Rakan Strategik
  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sekolah / Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atau Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / Lulusan Diploma / Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
    Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC / rakan strategik masing-masing.

Permohonan adalah melalui Portal Rasmi MySTEP atau terus isikan borang permohonan digital melalui pautan https://mystep.mof.gov.my/form

Iklan

Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:

  • Khazanah​
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)​
  • Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)​
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund

Iklan jawatan kosong personel MyStep juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk Portal MyStep https://mystep.mof.gov.my/info

Semoga berjaya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.