Jom #SupportBaranganTempatan, peluang menangi pelbagai hadiah istimewa!

A
A
A

Pusat Pemborong GM Klang menghidupkan suasana hari kebangsaan negara dalam kalangan pengunjung tahun ini dengan tarikan topi eksklusif Merdeka melalui kempen 'Kasi #SupportBaranganTempatan Lah'.

Kempen yang bermula dari 31 Ogos hingga 30 September di kompleks itu merupakan tanda sokongan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia 2020 seperti saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Ia bagi menunjukkan sokongan kepada barangan dan jenama tempatan di kompleks itu selain sebagai usaha mempertingkatkan ekonomi negara dan semangat cintakan negara dalam kalangan pengguna," menurut GM Klang dalam kenyataan hari ini.

GM Klang memaklumkan kempen itu turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan topi eksklusif Merdeka dengan harga RM5 selain berpeluang memenangi insentif beli-belah barangan dan jenama tempatan bernilai RM300.

Jom #SupportBaranganTempatan, peluang menangi pelbagai hadiah istimewa!

Pengunjung boleh mendapatkan topi eksklusif Merdeka di kaunter perkhidmatan GM Klang atau ketika sesi ramah mesra bersama maskot Gina & Mat bermula September ini.

Untuk menyertai dan memenangi hadiah-hadiah istimewa semasa kempen itu, pengunjung perlu berswafoto dengan memakai topi Merdeka itu di kawasan menarik GM Klang dan memuat naik gambar di Facebook atau Instagram dengan 'tag' GM Klang serta tanda pagar #supportbarangantempatan.

GM Klang akan memilih dan mengumumkan 10 pemenang bertuah pada Oktober.

Di samping itu, GM Klang juga mengedarkan bendera tangan serta membuat pelbagai persiapan hiasan bendera bagi memeriahkan suasana sambutan kemerdekaan ketika negara sedang berjuang memerangi pandemik Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca