Jualan Rahmah PKPS, warga Selangor boleh dapatkan beras RM13 (5kg) di lokasi ini

A
A
A

Jualan Rahmah PKPS, warga Selangor boleh dapatkan beras di lokasi ini

UMUM maklum, ramai yang panik tengok harga beras import melonjak mahal sekarang dan produk tempatan pula tiada di pasaran!

Berita baik buat warga Selangor. Dalam kemelut kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras di pasaran, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tampil membantu rakyat.

Sempena kempen Jualan Beras Ehsan yang sudah bermula tiga hari lalu, 2,700 kampit beras disediakan setiap hari di lokasi yang telah dijadualkan.

Untuk masa terdekat, lokasi adalah seperti berikut;

SABTU, 23 September 2023

1. BATANG KALI, HADAPAN SK BANDAR SG BUAYA

2. PERMATANG, DEWAN TAMAN TENNAMARAM

3. BUKIT GASING, TEMPAT PARKING SEKSYEN 8 (BERHADAPAN IPD PJ DAN MEDAN SELERA SEKSYEN 8)

4. HULU KELANG, DEWAN SERBAGUNA MPAJ AU5

Baca juga Beras mana yang paling sihat? Beras putih, perang, parboiled atau basmati. Ini jawapan Dr Malar

AHAD, 24 September 2023

1. HULU KELANG, DEWAN SERBAGUNA MPAJ AU2

2. PANDAN INDAH, DEWAN KOMUNITI, JLN NIRWANA 44, TMN NIRWANA

3. KOTA ANGGERIK, PEJABAT PERSATUAN PENDUDUK BLOK 7, JALAN 8/1, SEKSYEN 8

4. SEKINCHAN, DEWAN DATO SUMAD I

Baca juga Harga beras naik mendadak? Ini yang perlu anda tahu

Jualan ini berlangsung pada setiap hari. Anda boleh layari Facebook PKPS untuk mengetahui jadual lokasi harian.

Jom dapatkan beras dengan harga RM13 sahaja untuk lima kilogram (kg) bermula esok.

Antara syarat yang ditetapkan adalah satu keluarga untuk satu pek. Selain itu, jualan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja berumur 18 tahun ke atas dan setiap pembelian perlu menunjukkan kad pengenalan.

Tak perlu risau lagi, #SelangorAdaBeras tau!

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca