PENGELUAR biskut berjenama popular, Julie’s tampil dengan rangkaian perisa terbaharu iaitu cili manis dengan krim keju dan krim masam serta bawang.

Pelancaran makanan bersempena penganjuran pameran biskut sandwic eksklusif dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan berlangsung dari 7 hingga 10 Mac bertempat di Sunway Pyramid Blue Concourse.

Pengarahnya, Tzy Horng Sai berkata, setiap biskut sandwic ini bukan sahaja diperbuat daripada bahan yang berkualiti tetapi juga padat dengan khasiat.

“Kedua-dua varian biskut ini mempunyai sumber protein yang baik, rendah kolesterol dan asid lemak trans termasuk diperbuat daripada bahan-bahan bukan GMO.

BISKUT sandwic lazat Julie’s boleh didapati dalam dua perisa iaitu Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang.

“Biskut sandwic Krim Masam dan Bawang menampilkan rasa bawang aromatik yang dilengkapi dengan krim masam.

“Sementara Biskut sandwic Cili Manis dengan Krim Keju pula menawarkan rasa cili manis yang digandingkan dengan tekstur krim keju yang lembut menjadikannya perisa pilihan yang unik untuk mereka yang gemar mencuba makanan baharu,” katanya.

julie's
PIHAK pengurusan Julie’s ketika melancarkan barisan biskut sandwic baharu. (Dari kiri di bahagian tengah) Pengarah Biskut Julie’s, Tzy Horng Sai dan Pengarah Pemasaran Julie’s, Martin Ang

Tambah Horng Sai, pembungkusan biskut sandwic Julie’s ‘to-go’ terdiri daripada sepuluh pek yang mengandungi empat kepingan biskut.

“Kami amat teruja untuk melancarkan biskut sandwic terbaharu. Ia bukan sahaja akan menarik perhatian dengan rasa yang menyelerakan tetapi mempunyai gabungan perisa inovatif,” ujarnya.

Iklan
ANTARA hadiah menarik yang ditawarkan di pameran Julie’s untuk pembelian biskut sandwich baharu ini di Sunway Pyramid.

 

Sementara itu, bagi pembelian mana-mana empat pek biskut sandwic akan melayakkan pembeli menerima empat hadiah berjenama Julie’s termasuk rantai kunci bendera, tas tangan, lencana yang direka oleh artis, Zozo.

Pelanggan yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit akan berpeluang menerima satu set stokin duet Julie’s edisi terhad dan berpeluang membawa pulang AirWheel SE3S.

Iklan
PARA pemain papan selaju profesional sedang beraksi semasa pelancaran dan akan mengadakan bengkel ‘skateboard’ semasa pameran minggu ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!