Kad bank hilang, ini yang perlu anda buat elak duit lesap
KEHILANGAN beg duit, tercicir atau diragut sememangnya situasi paling sukar malah bertambah buruk apabila melibatkan barang- barang berharga.
Yang pastinya, apa yang paling dirisaukan bukanlah hanya beg itu akan tetapi barang-barang berharga seperti kad pengenalan, wang ringgit dan tentunya kad bank atau kad debit yang ada di dalamnya.
Mana tidaknya, kalau hilang kad bank bukan benda yang remeh. Silap-silap kad bank itu jatuh ke tangan orang yang salah, boleh lesap duit kita dalam bank tu dalam sekelip mata saja!
Jadi, ini apa yang kita kena buat apabila kita perasan kad bank kita hilang.
1. Cari atau Double CheckKadang-kadang boleh jadi kad terselit di celah-celah dompet kita atau tercicir di sekitar rumah.
Tapi jangan cari berhari-hari okay. BAHAYA!
Kalau diragut, tak perlu cari dah, kita boleh terus ke langkah seterusnya.
2. Semak 'Online Banking'
Kalau ada sebarang transaksi terkini yang tak dikenali, jangan lupa catat segala maklumat berkaitan contohnya jumlah transaksi,
masa dan tarikh.
Jangan ambil remeh walaupun transaksi hanya melibatkan bilangan yang kecil seperti RM5, sebab boleh jadi itu satu trick sebelum
satu transaksi yang lebih besar dibuat oleh si pencuri.
3. Segera hubungi 'Customer Service'JANGAN BERTANGGUH! Beritahu pegawai bank yang kad kita hilang dan minta mereka batalkan kad itu serta merta. Jangan ambil remeh
ya!
Walaupun pencuri tu tak tahu nombor pin kita, zaman sekarang dah canggih, pakai PayWave pun dah boleh guna.
Mulakan dengan kad yang paling penting, banyak duit dan aktif. Kemudian, bertindak satu persatu untuk batalkan yang lain.
P/S: Pastikan juga website tempat kita rujuk untuk dapatkan nombor telefon customer service itu website yang betul, jangan
terbuka website scammer pula tau.
4. Siapkan dokumen untuk kad baharu
Jangan lupa tanya dokumen apa yang bank perlukan untuk pembaharuan kad.
Sesetengah bank perlukan dokumen seperti laporan polis, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran.
Jika mereka perlukan laporan polis, teruskan ke langkah seterusnya. Jika tidak diperlukan, boleh langkau langkah ke-5.
5. Buat laporan polisSetelah hubungi customer service, kebiasaannya kita dah boleh tahu langkah seterusnya yang kita perlu ambil.
Tapi kalau kehilangan kad bank tu disebabkan ragut, segeralah ke balai polis berdekatan untuk melaporkan kejadian.
Laporan polis tu diperlukan juga untuk perbaharui kad pengenalan nanti.
6. Pergi ke cawangan bank terdekat
Akhir sekali, bolehlah pergi ke cawangan bank berdekatan. Beritahu pegawai bank itu yang kad kita dah hilang dan minta untuk buat
kad baru.
Kemungkinan sikit cas akan dikenakan untuk menggantikan kad yang hilang itu, jadi siapkan sedikit tunai.
Biasanya nak buat kad bank baru tak ambil masa yang lama pun, namun bergantung juga kepada polisi bank masing-masing terutamanya
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Baca juga NCD, jika pandai manfaat boleh jimat beribu ringgit!
Ini pula senarai nombor yang boleh dihubungi untuk laporkan kehilangan kad bank;
Di sini disenaraikan bank dan nombor terkini (2021) pusat panggilan Pusat Kad / Customer Service untuk bank yang berkaitan:
Maybank: 1-300 88 6688
CIMB : 03-6204 7788
RHB: 03-92068118
BSN: 1300-88-1900
Public Bank: 03-2179 5000
Bank Rakyat: 03- 2692 4600
Bank Islam: 03-26 900 900
Jadi, jika korang kehilangan kad bank, terus lakukan langkah-langkah tersebut dengan kadar segera ya!
Semoga bermanfaat!
Sumber: eCentral
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang