SUDAH menjadi kemestian bagi perantau untuk pulang ke kampung musim raya ini bagi menyambut 1 Syawal bersama keluarga tersayang.

Justeru, ramai diantara kita akan melalui plaza tol bagi membayar tol di lebuh raya untuk sampai ke destinasi.

Kad Touch ‘n Go sebagai salah satu cara pembayaran tol yang menjadi pilihan ramai selain SmarTAG dan RFID.

Dalam perkembangan terkini, kad Touch ‘n Go baharu diperkenalkan dengan pelbagai ciri yang lebih bijak dan canggih.

Khabarnya ciri berkenaan menjadikannya lebih praktikal. Berikut lima info mengenai kad Touch ‘n Go baru:

1. Kad Touch ‘n Go terbaru mempunyai teknologi “Near Field Communication” (NFC).

2. Teknologi itu membolehkan ia ditambah nilai kad dengan Touch ‘n Go eWallet bila-bila masa dan di mana juga berada.

3. Kad Touch ‘n Go versi lama tidak mempunyai teknologi ini.

4. Anda juga boleh menyemak bakinya menerusi Touch ‘n Go eWallet.

5. kad berkenaan dilengkapi waranti 30 hari selepas pembelian. Jika mempunyai masalah, anda hanya perlu mengemukakan bukti resit pembelian.

6. Selain digunakan di plaza tol, kad versi baru itu boleh digunakan bagi pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan di luar Lembah Klang kecuali Rapid Kuantan dan kawasan parkir terpilih.

Kad berkenaan dijual secara rasmi melalui harga yang sama dengan kad Touch ‘n Go biasa iaitu RM10 di aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan dikenakan caj sebanyak RM5 bagi kos penghantaran.

Selain itu juga, anda boleh mendapatkan kad yang telah dinaik taraf ini di stesen Petronas dan Shell terpilih seluruh negara. Pun begitu, setakat ini ia masih belum dijual di stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Berdasarkan senarai di laman web Touch ‘n Go , sebanyak 153 stesen di seluruh negara menjual kad yang mempunyai tempoh hayat penggunaan selama tujuh tahun itu.

Pengguna kad Touch ‘n Go baharu ini diingatkan agar memiliki sistem NFC pada telefon pintar.

Telefon bimbit yang digunakan perlulah serasi dengan NFC dan mempunyai Perisian Pengendalian (OS) minimum iOS 13 (Apple) dan Android 4.4 (Android & model lain).

Pengguna perlu memastikan telefon bimbit mereka memenuhi OS minima dan ia telah dikemas kini dalam telefon bimbit mereka untuk memastikan ciri tambah nilai melalui Touch n’ Go eWallet berfungsi.

CARA PEMBELIAN

Kad ini boleh dibeli secara dalam talian melalui Touch ‘n Go eWallet (aplikasi versi 1.7.72 dan ke atas) dan di stesen minyak yang terpilih.

Iklan

Berikut adalah cara pembeliannya menerusi Touch ‘n Go eWallet

Langkah 1: Klik pada ikon Touch ‘n Go Card pada halaman utama aplikasi

Langkah 2: Klik Order Touch ‘n Go Card/ Check status di bahagian bawah skrin. Ini akan membawa anda ke skrin pembelian kad

Langkah 3: Klik Order Now

Langkah 4: Pilih kuantiti pesanan dan klik Buy now

Langkah 5: Masukkan maklumat penghantaran dan selesaikan bayaran untuk pesanan (Nota: Kos penghantaran dikecualikan daripada harga jualan kad bernilai RM10. Kos penghantaran adalah seperti yang terpapar di dalam aplikasi. Penghantaran produk terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja)

Iklan

Khabarnya kad berkenaan kini ‘laku keras’. Tentulah ia mendapat permintaan tinggi kerana fungsi yang lebih canggih dan pintar.

Tidak perlu bersusah payah, hanya tambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet yang memudahkan. Lebih praktikal dan menjimatkan masa.

Kredit foto: Lowyat.net

Baca juga: RFID bermasalah, pengguna boleh dapatkan gantian pelekat percuma daripada PLUS

baca juga: Lebih 20 tahun mudahkan pembayaran tol, kad Touch ’n Go, SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI