PENGGUNAAN kad Touch ’n Go dan SmartTAGdi plaza tol negara ini mungkin akan menjadi kenangan tidak lama lagi.

Setelah lebih 20 tahun memudahkan pembayaran tol pengguna lebuh raya, Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong Radio Frequency Identification (RFID) disediakan di lebuh raya.

Ia dimaklumkan Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi laman Facebook rasminya.

 

Baca juga: Gelagat wanita ini sentuh jam bayar tol Touch ‘n Go buat netizen garu kepala, ini sebenarnya yang berlaku…

Pembaharuan itu bertujuan membolehkan para pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar seiring dengan perkembangan teknologi kini menerusi penggunaan RFID.

Melalui perlaksaaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi Lane Free Flow-MLCC), pengguna lebuh raya akan dapat menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j).

“Kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih disediakan ketika ini.

“Namun kedua-dua kaedah akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuh raya sebelum perlaksanaan MLFF,” katanya.

Justeru, KKR turut memaklumkan bermula 15 Januari 2022, transaksi tol RFID akan dilaksanakan bagi kenderaan ringan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara-Selatan.

Ia adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan jaringan RFID di seluruh Lebuh Raya Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Baca juga: Puas hati! Tindakan pantas wanita patahkan taktik kereta belakang redah tol percuma

Iklan

Jadi, korang boleh mendapatkan RFID secara online melalui Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang dilantik untuk memasangnya.

Diharapkan dengan pembaharuan ini makin berkuranglah kesesakan di plaza-plaza tol di seluruh negara pada masa hadapan.

ANEKDOT MENGENAI KAD TOUCH ‘N GO DAN SMARTTAG

-Touch ‘n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasaskan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia.

-Ia yang dilancarkan secara rasmi pada Mac 1997 turut digunakan bersama SmartTAG.

Iklan

-Pada tahun 2008, Kad Touch ’n Go menjadi cara pembayaran di kereta api dan bas.

-Manakala SmartTAG pula mula diperkenalkan pada 15 Mac 1999.

-Ia adalah dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan. 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia, touchngo.com.my