SELEPAS negara dilanda pandemik Covid-19, sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi bermula 2021 bagi semua sekolahdi bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dipinda bermula bulan Mac.

Terbaru, KPM memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026.

Berikut 10 info berkaitan:

1-Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata KPM sudah memulakan usaha merancang kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

2-Kawalan dan perancangan dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.

3-Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

4-Seperti penyediaan kalendar akademik tahun-tahun sebelum ini, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama pihak berkepentingan.

Baca juga: Tular murid tertidur, terperangkap dalam bas sekolah hingga waktu berbuka runtun hati warganet, pemandu bas tak perasan

Baca juga: Kisah kereta biru mainan, Abdul Hakim teruja ke sekolah. Raisya buktikan kekurangan adalah anugerah

5-Kesatuan atau persatuan keguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah akan dilibatkan untuk mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik Tahun 2025 dan draf Kalendar Akademik Tahun 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan.

6-Jelasnya Kah Woh, KPM juga akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.

7-Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.

Baca juga: ‘Lagu sampah, tak ada masa depan.’ Najwa Latif dedah pernah dihina guru hingga rasa nak berhenti sekolah

Iklan

Baca juga: Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari

8-Sesi persekolahan bermula Mac diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai langkah mendepani situasi Covid-19 ketika itu sekali gus memberi ruang yang cukup kepada pelajar sebelum naik ke kelas berikutnya.

9-Selain Penggal Satu dan Dua, terdapat satu lagi tempoh persekolahan yang dipanggil Penggal Tiga selama lapan minggu bermula Januari.

10-Terdahulu pada Mei 2023, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025 sekali gus menunaikan permintaan persekolahan pada bulan Januari 2026.

Iklan

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!