KANAK-KANAK istimewa Abdul Hakim Saifuddin muncul tular di laman sosial TikTok. Bergerak bersama kereta mainan biru, keletahnya menyentuh warga maya pada hari pertama persekolahan.

Murid Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 1, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli, 7, menolak kereta kecil menggunakan kaki sekali gus menjadikan ia kenderaan khas bagi memudahkan pergerakannya mengikuti pembelajaran.

Kecekalannya itu tidak menjadikan kecacatan fizikal iaitu Cerebral Palsy yang dihidapi sebagai penghalang.

Rupanya anak bongsu daripada lima beradik itu sudah lama diasuh agar kuat. Ibunya yang juga guru di sekolah tersebut, Siti Fatimah Nurul Naim Hussin berkata, Abdul Hakim sejak dari kecil lagi telah diberi kata-kata semangat tanpa putus.

Baca juga: Comelnya, 17 pasangan kembar mulakan hari pertama di sekolah. Mesti cikgu confius nak sebut nama satu-satu…

Baca juga: 10 tip latih anak naik van sekolah, ibu bapa perlu terlibat minggu pertama, lakukan perkara ini

Baca juga: [VIDEO] Istimewa kanak-kanak lahir 1 Januari, perlu daftar sekolah setahun lebih awal

Justeru, tidak hairanlah si kecil itu sangat teruja untuk hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan kumpulan A yang bermula semalam.

“Dia bangun seawal jam 3 pagi lagi, siap mandi. Sehinggakan saya minta dia untuk tidur kembali.

“Walaupun dia berbeza daripada murid-murid Tahun Satu yang lain, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk ke sekolah,” katanya.

Malah si cilik itu sangat suka ke sekolah sehinggakan semasa tadika walaupun demam dia tetap enggan ponteng.

“Alhamdulillah saya berterima kasih kepada pihak sekolah kerana prihatin terhadap pelajar istimewa apabila beberapa kemudahan mesra OKU telah disediakan.

“Antaranya sinki rendah di kantin, tempat pemegang di tandas dan beberapa kemudahan lain,” katanya.

Baca juga: [VIDEO] Cikgu dipuji tak kekok lap hingus anak murid pada hari pertama sekolah dibuka

Baca juga: [VIDEO] Cikgu tak cukup nafas kejar anak murid lari dari sekolah, boleh menang marathon budak ini

Baca juga: Suai kenal, sesi interaksi pada minggu pertama buka sekolah, ibu bapa setuju pembaharuan KPM

Dalam pada itu, seorang lagi murid kurang Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Adelia Raisya juga gigih meneruskan persekolahan di Tahun Dua, Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

Perkongsian video oleh bapanya, Khairul menjadi perhatian warga maya. Si kecil yang dilahirkan istimewa dengan Congenital Multiplex Arthrogryposis itu datang seawal pagi dan teruja bertemu semula rakan-rakan sekelas.

Malah si cilik itu dikatakan menghitung hari untuk kembali sejak dari cuti sekolah.

Iklan

“Selamat kembali ke sekolah Raisya, tahun ini sudah di Tahun Dua. Cepat sangat membesar, semoga baik-baik sahaja untuk kamu sayang.

“Raisya, ingat selalu pesan Daddy. Kekurangan Raisya bukan satu kelemahan tetapi anugerah. Terus kuat ya,” titip bapa.

Keprihatinan rakan sekelas menyentuh hati ramai. Raisya mengalami masalah untuk bergerak dan menarik beg sekolahnya dibantu rakan-rakan.

“Terima kasih anak-anak hebat dan luar biasa yang selalu ada untuk Raisya. Sangat-sangat membantu dan memahaminya.

“Malah mereka tidak menganggap Raisya berbeza dan berkawan dengannya seperti rakan-rakan lain yang sempurna,” katanya kepada SinarPlus.

Kepada anak bongsunya itu, Khairul meletakkan harapan agar Raisya mencapai cita-cita dan berjaya.

“Sama seperti ibu bapa yang lain, semoga Raisya berjaya dalam hidup. Paling utama, agar dia mampu berdikari dan uruskan dirinya sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan belas ihsan orang lain,” kongsinya.

Bermacam kisah dan ragam anak-anak dilihat di laman sosial selepas sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula sejak semalam.

Iklan

Manakala bagi Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula hari ini.

Selamat kembali bersekolah anak-anak daripada team SinarPlus!

Sumber: TikTok adiwiraultra & miszzhanafirmien,Sinar Harian (Wartawan HAZELEN LIANA KAMARUDIN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!