TULAR di laman sosial seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam sebuah bas sekolah di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor Bahru meruntun hati warga maya.

Kuasa ALLAH, asbab pemuda, Ahmad Shafiee bersama anaknya keluar dari rumah bagi mendengar azan Maghrib malam tadi untuk berbuka puasa menyelamatkan nyawa si kecil berkenaan.

“ALLAH segala penyelamat. Peringatan buat semua pemandu bas dan van sekolah.

“Alkisahnya aku keluar bersama anak kecil ke depan rumah sebab ingin dengar azan Maghrib masjid kerana malas mendengar di radio.

“Tengah duduk depan gate santai-santai terdengar jeritan budak yang mula-mula halus namun semakin lama semakin kuat,” kongsinya menceritakan situasi cemas yang dilalui baru-baru ini.

Ujar Ahmad Shafiee yang dihubungi SinarPlus, kejadian itu berlaku pada 7.15 malam.

Beliau mula mencari suara berkenaan dan mendapati ia adalah milik seorang kanak-kanak perempuan Tahun Satu yang ditemui terperangkap di dalam sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya.

Tanpa membuang masa, bapa kepada dua cahaya mata itu terus berusaha mengeluarkan si kecil berkenaan menerusi tingkap bas berkenaan.

Baca juga: Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

Baca juga: Kanak-kanak 5 tahun maut, tertinggal empat jam dalam kereta ibu di parkir hospital

“Kasihan dia menangis sebab tertidur dalam bas kerana kepenatan.

“Malah bas yang tinggi membuatkan tangannya terkapai-kapai.

“Aku cari sliding window yang loose untuknya panjat keluar,” kongsinya.

Lantas, beliau terus menghubungi keluarga kanak-kanak berkenaan menerusi nombor yang tertera pada tanda nama.

Ternyata, ibunya sedang runsing memikirkan anak yang masih tidak kembali dari sekolah.

“Tengok dekat name tag ada nombor telefon penjaga.

“Dapat saya telefon emaknya dan terdengar tangisan kerisauan seorang ibu yang anaknya tidak pulang.

“Rezeki adik ni dapat berbuka lauk ayam butter dengan uncle ya,” titip Ahmad Syafiee.

Baca juga: Lagi kes tertinggal anak dalam kereta, bapa lupa hantar taska, ditemukan maut di kawasan universiti. 5 kejadian serupa menyayat hati

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada para pemandu dan pengendali bas sekolah.

“Peringatan dan pengajaran untuk pemandu bas dan van sekolah, periksa dahulu tempat duduk belakang kenderaan dan pastikan tiada murid sebelum off service,” titipnya.

Keprihatinan lelaki itu mendapat pujian ramai. Setakat artikei ini ditulis, perkongsian daripada Ahmad Shafiee di laman sosial Facebook telah menerima lebih 1,000 reaksi dan 600 perkongsian.

Ujar mereka:

– “Syukur Alhamdulillah ALLAH gerakkan hati, selamat adik tu.”

Iklan

– “Terbaik bang. Tolong keluarkan dari bas dan beri makan pun dah cukup baik.”

– Alhamdulillah tindakan pantas uncle, semoga semua ambil iktibar dr kejadian ni.”

– “Jika perlu dipecahkan cermin tingkapnya, pecahkan sahaja untuk menyelamatkan nyawa then baru call syarikat bus cakap tak sengaja. Terbaik bang anyway!!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!