Kapal terbang terhempas, rupanya pemain kelab Palmas naik pesawat peribadi itu dalam tempoh kuarantin Covid-19

A
A
A

BEBERAPA minggu lalu dunia dikejutkan dengan berita sebuah pesawat Sriwijaya Air Indonesia yang dilaporkan terhempas ke laut selepas pesawat Boeing 737 itu terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara di ibu kota Jakarta.

Semua penumpang, anak kapal dan juru terbang dilaporkan terkorban dan siasatan juga masih dijalankan.

Namun, kejadian serupa pula dilaporkan hari ini yang mana sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain sebuah kelab bola sepak Brazil terhempas.

Dalam kejadian yang berlaku di Tocantins, timur Brazil itu, kesemua mereka difahamkan sedang dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.

Jurucakap kelab itu dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pesawat malang tersebut tiba-tiba terhempas di hujung landasan ketika sedang berlepas.

Para pemain kelab Palmas itu dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.

Ekoran dari kejadian, kesemua mangsa termasuk juru terbang dilaporkan maut. Mangsa lain yang terkorban adalah Presiden kelab bola Palmas, Lucas Meira dan empat pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Namun, agensi melaporkan bahawa para pemain kelab Palmas yang terkorban dalam nahas itu menaiki pesawat peribadi tersebut disebabkan mereka positif Covid-19 dan minggu lalu merupakan hari terakhir tempoh mereka menjalani tempoh kuarantin.

Sementara pemain lain akan melakukan perjalanan dengan penerbangan komersial.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca