Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini

A
A
A

 

LIPAS, cicak, semut dan beberapa jenis serangga lain mudah dijumpai di ruangan seperti rumah, restoran dan sebagainya. Kadangkala jumlah serangga ini terlalu banyak hingga menyukarkan kita untuk mengawalnya.

Kehadiran binatang ini pastinya membawa banyak kesan buruk kepada kesihatan kerana ia meninggalkan najis-najis yang pastinya membuatkan rumah dan sesebuah premis kotor.

 

 

Rasa takut kepada lipas merupakan satu fobia yang dinamakan Katsaridaphobia. Kelibatnya saja bagaikan ‘mimpi buruk’ bagi sesetengah orang yang takutkannya.

Walaubagaimanapun, perasaan takut kepada lipas adalah satu masalah yang boleh diatasi, namun perkara yang paling penting adalah untuk mengelak serangga perosak ini daripada membiak di kawasan persekitaran korang.

Sekiranya korang mahu membunuh lipas tanpa menggunakan penghalau lipas atau semburan, korang boleh cuba petua ini yang mampu menghapuskannya dengan beberapa cara ini;

 

Baca juga: “Bukannya hidu wap cengkih! Jika mahu tolong, segera ke hospital”- Dr Mahyuddin

 

 

Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini

 

1. Taburkan asid borik

Asid borik adalah pembunuh lipas terbaik. Ia bertindak seperti racun di dalam perut. Untuk membuat ‘racun’ lipas ini, bahagikan serbuk asid borik kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan gula dan kacau sebati. Taburkan serbuk ini di sekitar tempat pembiakan lipas seperti di bawah singki dan dapur. Namun, awasi lokasi ini kerana bimbang ia disentuh oleh orang lain terutamanya anak kecil yang boleh menyebabkan keracunan.

2. Bersihkan rumah

Cuci bahagian dapur kediaman korang setiap malam. Sebaik-baiknya cuci terus dapur dan perkakas digunakan setiap kali selepas memasak. Bersihkan juga bahagian yang terdapat tumpahan minyak.

 

Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini

 

Simpan semua makanan ke dalam bekas bertutup dan jangan tinggalkan pinggan kotor di dalam singki untuk mengelakkan lipas masuk melalui saluran paip longkang. Minta keluarga makan di ruang makan atau dapur, bukan dalam bilik tidur atau ruang tamu untuk mengelakkan lebih pembiakan lipas di rumah korang.

3. Tampal bahagian celah dan retakan

Sekiranya korang tinggal di kediaman bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium, pembiakan lipas akan menjadi lebih banyak. Lebih-lebih lagi jika kurangnya penjagaan kebersihan daripada jiran boleh membawa kepada pembiakan lipas di rumah. Ambil inisiatif untuk menutup mana-mana ruang kemasukan lipas untuk mengelakkan ia berleluasa di kediaman korang.

4. Baiki kebocoran paip

Korang tahu tak lipas boleh hidup lama tanpa makanan tetapi hanya mampu bertahan dalam satu atau dua minggu sahaja tanpa air? Justeru, elakkan serangga ini daripada mendapat sumber air. Misalnya baiki paip yang bocor, lap tab mandi selepas digunakan, keringkan singki dapur dan lap semua pinggan mangkuk dengan segera.

 

Katsaridaphobia masalah takut lipas, atasinya dengan langkah-langkah ini

 

5. Buat perangkap lipas

Terdapat pelbagai perangkap lipas di pasaran seperti Ridsect yang terbukti berkesan menghapuskan lipas. Sekiranya korang ingin membuat perangkap lipas sendiri, korang boleh cuba menggunakan perangkap gam. Tapi awasi perangkap ini daripada disentuh ahli keluarga atau anak kecil kerana mungkin boleh menyebabkan keracunan.

 

Baca juga: Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!

 

Sekiranya semua cara sudah digunakan namun pembiakan lipas masih banyak, gunalah khidmat profesional untuk mendapatkan kawalan serangga perosak.

Korang boleh gunakan kombinasi kaedah-kaedah tersebut dalam usaha untuk menghapuskan lipas. Lebih-lebih lagi yang takut lipas, Tanpa kehadiran serangga ini korang akan lebih tenang.

 

Sumber: Google

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca