SIAPA pun tak boleh nafikan bahawa telatah kucing sentiasa mencuit hati, bahkan ia kadangkala menjadi terapi bagi sesetengah orang.

Melihat haiwan manja dan jinak itu bermain sudah cukup untuk membuatkan kita tersenyum.

Kewujudan si bulus dalam kalangan manusia turut mampu memberikan banyak impak positif termasuk kepada kesihatan.

‘Mereka’ seolah-olah dapat membaca perasaan kita dan bercerita dengan makhluk comel tersebut boleh memberikan ketenangan.

SUMBER foto daripada Straits Times Singapura

Kehadiran si bulus dalam meningkatkan kesihatan mental dan emosi menyaksikan banyak kafe dan pusat terapi menggunakan khidmat haiwan tersebut sebagai medium untuk merangsang emosi pesakit.

Tidak percaya? Straits Times Singapura baru-baru ini melaporkan kewujudan sebuah studio seni berkonsepkan kafe kucing, Wildflower Studio.

Wildflower telah menganjurkan program Purr for Hearts bagi membantu pesakit di Pusat Jagaan Kesihatan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan Chai Chee menjalani sesi terapi.

 

Diadakan secara bulanan, Purr fof Hearts antara lain membantu pesakit yang berdepan masalah untuk bergerak seperti warga emas yang terbaring di katil dan mereka yang menjalani prosedur amputasi (pemotongan anggota badan).

Pesakit diberi peluang untuk memberi makan dan bermain dengan 13 ekor haiwan comel dibawakan khas.

Pengarah rumah Chai Chee, Jack Sim berkata, penghuni-penghuni di situ sangat teruja dengan sesi berkenaan terutama mereka yang pernah memelihara haiwan tersebut di rumah.

terapi kucing
SUMBER foto daripada Straits Times Singapura

Sementara itu, ahli fisioterapi kanan pusat jagaan tersebut, Siti Zubaidah memberitahu, kucing ialah haiwan yang sesuai digunakan semasa terapi, selain daripada anjing dan kuda.

Mereka yang takut dengan haiwan yang besar atau tidak dapat memegang anjing atas faktor agama lebih selesa berinteraksi dengan kucing.

“Membelai haiwan berbulu itu boleh meningkatkan keupayaan sendi.

“Mengangkat kucing pula seperti senaman pengukuhan yang dijalankan semasa sesi fisioterapi,” katanya.

Baca juga: Kenal bau tuannya, kucing menangis ‘lepas rindu’ selepas 2 tahun menghilang

Baca juga: Pertama kali ditemui, kucing ‘rare’ berbulu gebu diami Gunung Everest, 15 info menarik

DORONG PESAKIT UNTUK BERGERAK

Bukan itu sahaja, berinteraksi dengan si comel itu boleh merangsang deria terutamanya kepada pesakit-pesakit strok.

Melihat kucing berkeliaran di sekitar bilik juga membantu penghuni melakukan senaman mata dan leher.

Kata Siti Zubaidah, mereka yang berada di Chai Chee dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan berbaring sahaja di katil.

Justeru, program seumpama itu mendorong pesakit yang mempunyai keupayaan terhad untuk bergerak, sekali gus melibatkan mereka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan lain.

Iklan

Baca juga: Unik dan eksotik, Narnia kucing berwajah dua. Bukan chimera, genetiknya kini kekal misteri

Baca juga: Viral foto kucing gemuk jatuh dari tingkat 6 tak cedera & cermin kereta pecah rupanya ini cerita sebenar

SUMBER foto daripada Straits Times Singapura

Salah seorang pesakit demensia, Mariam Abdul Hami mengaku sangat gembira dengan pendekatan yang dilaksanakan.

“Haiwan ini mengingatkan saya dengan kucing-kucing saya,” kata warga emas berusia 80 tahun itu sambil tangannya membelai seekor kucing.

Mariam yang turut mengalami kegagalan buah pinggang terpaksa menyerahkan empat ekor kucing miliknya untuk dipelihara rakan beliau.

Dalam pada itu, para sukarelawan juga mengaku menyaksikan pesakit menunjukkan perkembangan yang positif sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.

Baca juga: Hairan kenapa kucing takut dengan timun dan botol terisi cecair merah? Ini penjelasannya

Iklan

Menarik, kan apa yang dilakukan oleh sahabat kita di Kota Singa?

Siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa haiwa kesayangan Rasulullah itu bukan sahaja mampu menjadi penghibur, malah membantu seseorang untuk sembuh daripada penyakit yang dihidapi.

Cubalah, insya-ALLAH.

Sumber: Straits Times Singapura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!