BERMULA 20 Oktober lalu, pekerja di sektor awam dan swasta yang melibatkan tahap pengurusan dan penyeliaan di dalam kawasan Perintah Pengawalan Bersyarat (PKPB) diarahkan untuk bekerja dari rumah.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan pergerakan antara daerah demi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 di kawasan PKPB.

Namun, mulai hari ini, 1 April, sektor swasta sudah dibenarkan untuk beroperasi secara penuh di kawasan PKPB dan tiada lagi arahan bekerja dari rumah.

Perkara itu diumum Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media menerusi Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) 30 Mac lalu.

Sektor swasta dibenarkan bekerja di pejabat pada kapasiti 100% bagi kumpulan pengurusan dan operasi atau sokongan di kawasan PKPB.

Manakala perkhidmatan awam pula, kehadiran adalah berdasarkan Pekeliling atau arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Hampir enam bulan bekerja dari rumah SinarPlus percaya pasti ramai yang lesu ke pejabat.

Mana tidaknya, bangun awal pagi daripada biasa, bergegas siapkan diri dan anak-anak serta mengadap kesesakan lalu lintas.

Justeru, jom amalkan enam senaman mudah ini untuk kekal cergas di pejabat.

Kekal cergas! Sambil-sambil kerja pun boleh buat senaman mudah ini

Tiada lagi alasan untuk tidak bersenam walaupun sibuk di pejabat.

1. Gunakan tangga

Berjalan naik tangga boleh meningkatkan kadar kesihatan jantung.

2. Kerusi imaginasi

Ia adalah sangat bagus untuk membina kekuatan dan daya tahan.

3. Arm strenghthen

Gunakan teknik arm strenghthen dan bawa tangan ke depan kemudian tegakkan tapak tangan ke atas.

4. Back twist

Iklan

Teknik back twist pula memerlukan kita duduk teak dan bukakan sedikit ruang di belakang bahagian pinggul.

Baca juga Gangguan air di Selangor, KL pada 6-9 April, ini senarai lengkap kawasan terlibat

5. Half squat

Mulakan dengan berdiri kaki yang lurus. Bengkokkan kaki supaya peha hampir selari dengan lantai seperti duduk di atas kerusi.

sihat cantik

Iklan

6. Tolak dinding

Tolak badan ke arah dinding sehingga lengan atas hampir bertemu dinding dan kemudian tolak kembali keluar seperti membuat push-up.

Sehubungan itu, marilah kita sama-sama mematuhi SOP yang masih berkuatkuasa serta menjada kesihatan diri dan keluarga masing-masing. Moga kita dijauhi daripada jangkitan Covid-19.

Semoga bermanfaat!

Sumber: MyHEALTH