Kelab malam belum boleh beroperasi, kompaun RM1,000 menanti pada yang degil!

Kelab malam belum boleh beroperasi, kompaun RM1,000 menanti pada yang degil!
Kelab malam belum boleh beroperasi, kompaun RM1,000 menanti pada yang degil!
A
A
A

DEGIL! Itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan sikap segelintir individu yang kini dilihat masih ingkar dengan arahan pihak kerajaan apabila ditangkap atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di kelab malam.

Untuk makluman, kerajaan masih tidak membuat sebarang perancangan untuk membenarkan kelab malam dan pusat hiburan kembali beroperasi sepanjang PKPP.

Kalau korang nak tahu, masih tidak ada lagi kebenaran untuk kelab malam dibuka. Mana-mana kelab malam yang beroperasi itu dianggap melanggar undang-undang dan peraturan.

Memetik laporan portal akhbar tempatan, menegaskan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu masih tidak diputuskan dan premis terbabit seumpamanya tersenarai di bawah larangan kerajaan.

"Kalau kita lihat, tangkapan kerana operasi kelab malam dan pub berlaku hampir setiap hari kerana premis seumpama itu masih tersenarai sebagai satu larangan.

"Arahan kita jelas, tak boleh buka langsung. Ada hari-hari yang kadang-kala menyaksikan beratus tangkapan dibuat kerana aktiviti seumpama ini," katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diberi arahan untuk menarik semula lesen premis terbabit, sekali gus menghentikan operasi mereka untuk selamanya jika masih berdegil.

Tauke-tauke kelab malam juga dilihat degil dan sengaja beroperasi walaupun mengetahui dilarang kerajaan seolah-olah juga mencabar pihak berkuasa.

"Kita memang tak benarkan kelab malam beroperasi kerana sukar melaksanakan peraturan penjarakan fizikal. Bagaimana mahu kawal peraturan itu di dalam kelab," katanya.

Korang yang tetap berdegil juga tidak akan terlepas daripada dikenakan kompaun RM1,000 jika didapati tertangkap. Awas!

Daripada buang duit bayar kompaun baik korang habiskan duit itu untuk shopping, macam-macam boleh beli dengan dengan RM1,000 tau. Betul tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca