BERITA baik buat korang pelajar universiti! Sebelum ini media melaporkan semua pelajar Universiti terpaksa meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian sehingga Disember.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 untuk memastikan pembelajaran pelajar tetap lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas dan bilik kuliah.

Namun mengambil kira keperluan beberapa kategori pelajar yang perlu pulang ke kampus, lima kategori pelajar sudah memulakan pengajian bermula Mei lalu.

Terkini selaras dengan perkembang Covid-19 yang menunjukkan Malaysia menuju pemulihan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju bahawa kemasukan sepenuhnya pelajar universiti bermula Oktober ini. Bukan Disember 2020 seperti yang diketahui sebelum ini.

Kemasukan semula pelajar Universiti diawalkan Oktober, dah boleh mula buat persiapan

Ini bermakna, pelajar universiti hanya ada masa tiga bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan belajar secara berhadapan dengan pensyarah dan bukannya secara dalam talian lagi.

Menurut Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad dalam sidang media petang semalam, bagi memastikan keputusan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna, IPT dan para pelajar dipohon untuk membuat persediaan mulai dari sekarang.

Iklan

Dalam pada itu, empat lagi kategori pelajar akan memulakan pengajian bermula Julai ini iaitu pelajar tempatan di IPTS iaitu sebanyak 30 peratus seperti dipohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat universiti awam dalam bidang pengajian yang memerlukan Latihan klinikal, Latihan amal, praktikal, bengkel, makmal, studio dan Latihan khusus.

Dua lagi ketegori terdiri daripada, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif dan terakhir pelajar antarabangsa dari kedua-dua universiti awam dan swasta termasuklah pelajar baru.

Iklan

Jadi, korang dah boleh mula pack-pack barang dan membuat persediaan awal termasuk mencari rumah sewa. Tak ada rumah sewa atau penempatan, korang nak stay mana pula nanti kan?