Kemiskinan haid isu terlepas pandang, mujur ada yang tampil nak bantu
KEMISKINAN haid (period poverty) merujuk kepada situasi apabila perempuan atau keluarga mereka tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan. Terutama pada musim pandemik melanda negara.
Menurut tinjau selidik WASH United, Persatuan Pandu Puteri Dan Pengakap Puteri Sedunia (Waggs) dan UNICEF, mendapati 47 peratus daripada wanita yang didatangi haid mendapati lebih sukar untuk memperoleh bekalan keperluan semasa haid disebabkan pandemik Covid-19.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Menurut penganalisis penyelidikan di EMIR Research, Amanda Yeo, katanya, kesulitan kewangan yang timbul akibat Covid-19 menyebabkan ramai orang mengutamakan perbelanjaan untuk keperluan asas berbanding produk sanitari bagi menangani kos sara hidup yang meningkat.
Ujarnya, apabila wanita tidak mendapat akses yang sewajarnya kepada produk keperluan ketika haid, mereka mungkin tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran atau pekerjaan. Kebimbangan terhadap kemungkinan darah haid terbocor atau sakit datang bulan boleh menyebabkan sesetengah wanita ponteng kerja atau ponteng kelas.
Justeru, KAO Laurier Malaysia, Yayasan Perintis Malaysia (MyPerintis) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melancarkan gerakan ‘Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita (Kebersihan Haid Adalah Hak Wanita)’ bagi menangani isu tersebut.
Syarikat itu menjadi penyumbang utama kepada Projek Rintis Sahabat KafeTEEN Prihatin #HygieneKit yang diilhamkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk menyokong wanita yang terkesan dengan pandemik menerusi peruntukan produk penjagaan kebersihan asas dan perkongsian pengetahuan mengenai kesejahteraan dan kesihatan reproduktif.
Dengan wawasan untuk memenuhi keperluan penjagaan kebersihan feminin pelajar universiti dari masyarakat B40, usaha ini diharap dapat memastikan wanita muda tidak perlu lagi kehilangan peluang menghadiri kelas
atau aktiviti atas sebab tidak mampu untuk membeli produk keperluan bulanan wanita.
Pengeluar tuala wanita tersebut juga berjanji untuk mendermakan satu pek Laurier Night Safe untuk setiap pek yang dibeli oleh pengguna, dengan matlamat untuk mendermakan produk keperluan bulanan wanita bernilai RM150,000 bagi memperkasakan 20,000 wanita muda di lebih 20 universiti awam di seluruh Malaysia.
Selain itu, pengguna juga berpeluang untuk menyumbang sepanjang tempoh kempen yang berlangsung dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.
Sebagai rakan kolaborasi, MyPerintis dan KPT akan memastikan produk keperluan penjagaan kebersihan asas disalurkan kepada pelajar yang memerlukan pada akhir tempoh kempen.
Semoga usaha baik yang dilakukan ini dapat mengatasi masalah kemiskinan haid di negara kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang