Kenapa tak boleh pilih jenis vaksin? Ini apa yang perlu kita tahu

A
A
A

SEPERTI diketahui umum, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pendaftaran untuk vaksin Covid-19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera dan beberapa kaedah lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata, selaras itu, orang ramai kini boleh mengemukakan permohonan masing-masing dan segera mendapatkan suntikan dos pertama seperti apa yang telah dijadualkan.

Namun, persoalan yang kini timbul dalam kalangan orang ramai adalah mengenai jenis vaksin yang diterima tidak boleh dipilih.

"Kenapa tidak boleh memilih vaksin? Saya berhak untuk memilih. Kenapa halang hak kami?" Begitulah kini tanggapan sesetengah pihak yang ingin mendapatkan kepastian.

Bagi menjawab segala persoalan orang ramai, Public Health Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka tampil berkongsi apa yang orang ramai perlu tahu mengenai jenis-jenis vaksin Covid-19 yang bakal mereka terima.

3,000 sukarelawan diperlukan untuk ujian vaksin Covid-19

 “Ya! Kami faham mengapa ada yang kata sedemikian. Kenapa tak boleh pilih vaksin? Sebab semua inginkan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Buat masa ini terdapat satu sahaja jenis vaksin di Malaysia. Namun ianya tidak cukup. Kita juga membeli vaksin dari syarikat lain agar program vaksinasi kita dapat berjalan dengan lancar dan pantas.

“Satu vaksin yang telah diluluskan dan ada 4 lagi vaksin yang sedang dikaji oleh NPRA untuk kelulusan. Oleh sebab itu, semua rakyat pada fasa permulaan ini akan dapat vaksin jenis yang sama,” jelas kenyataan Public Health Malaysia di Facebook.

Namun, bagaimana pula jika vaksin lain diluluskan oleh NPRA? Pastinya ramai yang mohon untuk dapatkan brand tertentu.

Logistik merupakan kekangan utama yang dihadapi jika pemilihan vaksin dibenarkan. Cuba bayangkan jika seorang dalam keluarga memilih vaksin jenis pfizer, seorang lagi memilih jenis vaksin sinovac dan yang lain memilih astrazeneca. Pastinya pening anggota frontliner kita.

Polis pening nak escort vaksin Pfizer dari Hospital A, vaksin Russia di Hospital B, vaksin China di Hospital C. Betul tak?

Kenapa tak boleh pilih jenis vaksin? Ini apa yang perlu kita tahu

Jururawat juga pening nak ambil stok vaksin. Sebagai contoh vaksin diambil pula hanya diperlukan satu dos sahaja untuk kampung pisang. Baki dos tidak digunakan sehingga luput dan jadi pembaziran.

Sementara itu stok vaksin yang sampai di lapangan terbang adalah tidak dijangka. Ianya mungkin seminggu sekali, dua minggu sekali. Berbeza-beza mengikut syarikat.

“Kita sangat memerlukan vaksin dan perlu diberikan kepada 70 peratus penduduk di Malaysia secepat mungkin.

“Sebab kita sudah ketinggalan dengan negara lain dan perlu membuka sektor ekonomi secepat mungkin,” tambah kenyataan itu lagi.

Untuk pengetahuan semua NPRA adalah agensi kawalan ubat paling ketat di dunia. Badan ini mengawal ketat semua produk perubatan termasuklah produk-produk supplement seperti timbang kilo dan kosmetik.

Jika akan datang, kelulusan diberikan kepada vaksin tertentu, percayalah, ianya selamat dan berkesan untuk pandemik ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca