Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

CUKAI jalan kereta atau ‘roadtax’ merupakan satu perkara wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah.

Pada setiap tahun, pemilik kenderaan perlu renew cukai jalan dengan bayaran tertentu.

Cukai jalan tersebut pula diwajibkan untuk dipaparkan pada cermin hadapan kenderaan.

Iklan
Iklan

Namun sejak tahun lalu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana dikatakan tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan.

Malah, ia juga menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Justeru itu, bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing.

Baca juga [VIDEO] Dilarang masuk ke JPJ gara-gara pakaian tak ikut etika, pemuda terus sarung kain pelekat

Ini tiga fakta seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook;

1. Pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini.

2. Warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

3. Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan.

Loke sebelum ini dalam kenyataan di Facebook mengenai pelekat cukai jalan yang dikatakan sering tertanggal menyatakan akan mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Saya tahu ramai orang mengadu mengenai pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti dan perkara itu memang dalam perhatian kami serta satu perubahan besar akan dilaksanakan dalam tahun ini,” tulisnya.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

11 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 day ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago