Untung Neelofa, suami hadiahkan gelang tangan sepadan cincin kahwin sempena hari lahir

Untung Neelofa, suami hadiahkan gelang tangan sepadan cincin kahwin sempena hari lahir

SELEBRITI, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun pada hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menitipkan ucapan isitimewa buat suaminya, Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz yang setiasa prihatin dalam setiap hal.

Iklan
Iklan

“Buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.

“Tiada satu pun tentang taggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dengan izin ALLAH,” tulisnya.

Dalam pada itu, hos program Next To Neelofa itu turut menyatakan bahawa suaminya telah menghadiahkannya seutas gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwinnya.

“Saya tak pernah meminta itu dan ini tapi masya-ALLAH, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya.

“Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.

“Semoga ALLAH SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita,” kongsinya.

Baca juga Hadiah ALLAH yang menjadi penyejuk mata, Neelofa akhirnya kongsi wajah comel Bilal

Kredit foto : Instagram Neelofa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengucapkan ucapan hari lahir buatnya. Orang ramai turut menitipkan doa kebahagiaan buat Neelofa dan suami.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Baca juga “Macam cikgu PJ” – Penampilan Neelofa di gelanggang futsal jadi perhatian

SinarPlus turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34 buat Neelofa. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

5 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

17 hours ago

Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

PELAKON Syafie Naswip mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video memasak bersama ibu mertuanya. Untuk…

21 hours ago

Azizulhasni terharu terima pingat Darjah Kebesaran Terengganu, penguat semangat berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota…

24 hours ago

Set western terpaling rahmah, semua sajian harga serendah RM10 jer, siap boleh refill air sampai puas

MANA nak dapat set sajian western dengan harga terpaling rahmah? Semua hidangan dengan porsi berbaloi…

1 day ago