PANDEMIK Covid-19 tempiasnya bukan calang-calang. Ramai yang terjejas teruk dan paling sedih, bilangan mereka yang diberhentikan kerja tidak kira peringkat usia, tua atau muda memang banyak.

Bayangkan, bagaimana harus meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai tanggungan yang besar.

Berdasarkan laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran melonjak kepada 5 peratus. Pengangguran meningkat 48.8 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 778.8 ribu orang.

Tanyalah kepada mereka yang menganggur, nak cari pekerjaan pada zaman Covid-19 ini memang sukar.

Namun, ada satu berita baik kepada anda yang sedang mengintai kerja baharu. PICOGRAM (M) Sdn Bhd yang merupakan syarikat dengan katrij penapis air pengganti berkonsep DIY dari Korea telah dipilih untuk bekerjasama dengan AGREM (M) Sdn Bhd.

SOSCO telah melantik AGREM sebagai Penyedia Latihan di bawah program EIS.

Kerjasama erat itu antara lain akan memberi peluang kepada pencari kerja menjalankan latihan industri penapis air.

Picogram dalam satu kenyataan berkata, latihan penjualan dan pemasaran ini dirancang khusus untuk melatih pekerja agar berdikari.

“Selain memberi kemahiran penjualan dan pemasaran kepada peserta, mereka juga berpeluang memperoleh pendapatan serta menjadi usahawan.

Program ini merangkumi pengajaran teori dan kaedah praktikal yang mana terbukti membolehkan peserta memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kembali semula ke pasaran pekerjaan dengan kadar segera.

Jika berminat, sila layari https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login.

Iklan

Pendaftaran untuk latihan ini di bawah skim EIS-SOSCO bagi slot mulai bulan November ini, para peserta berpeluang mendapatkan faedah-faedah hebat seperti berikut:

1. Latihan di bawah skim EIS-SOCSO dalam bidang penjualan dan pemasaran untuk sistem penapis.

2. Elaun latihan akan diberi untuk menyelesaikan latihan selama 5 hari.

3. Sistem penapis air permulaan percuma yang di bekal oleh Picogram.

Iklan

4. Sijil kehadiran dan kecekapan akan diberi kepada perserta untuk membolehkan anda menjual dan membuat pemasangan.

Picogram merupakan cawangan pertama Picogram Co Ltd yang beroperasi di Korea.

Mereka memperkenalkan konsep DIY untuk katrij penapis air pengganti yang kompatibel dan pembersih air rumah yang ekonomi untuk pasaran Malaysia. Pihak syarikat yakin, semua isi rumah memerlukan air minuman yang bersih dengan kos minimum.

Sumber foto: Unsplash, Freepik dan Picogram