Kepala dihentam tukul sampai terima 9 jahitan, penghantar makanan diserang suami pelanggan

April 22, 2021
Oleh Azma ML

KHIDMAT penghantaran makanan amat memudahkan. Makanan yang dihajati dapat diperolehi tanpa kita perlu bersusah payah ke kedai.

Namun, akhir-akhir ini banyak kes yang melibatkan penghantar makanan. Terbaru, seorang penghantar makanan dipukul suami pelanggan di Bayan Lepas, Pulau Pinang

Iklan

Dalam Kejadian itu , mangsa menerima sembilan jahitan di kepala akibat dipukul menggunakan penukul besi.

Suspek yang berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki memukul penghantar makanan dalam kejadian di perkarangan sebuah pangsapuri berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, sebelum kejadian, mangsa yang juga lelaki berusia 40 tahun menghantar makanan yang ditempah seorang wanita pada jam 4.10 petang.

Iklan

Pelanggan lambat datang ambil makanan

Apabila tiba di pangsapuri berkenaan, penghantar makanan terbabit menunggu lama pelanggannya itu di lokasi bagi menyerahkan makanan.

“Penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali bagi memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi namun panggilan tidak dijawab.

Iklan

“Wanita terbabit datang mengambil makanan 10 minit kemudian sebelum penghantar makanan berkenaan beredar pulang,” kata Soffian kepada portal media tempatan.

Mahu pulangkan semula

Kata Soffian kira-kira 20 minit selepas penghantaran, mangsa dihubungi suspek yang juga suami wanita itu. Suspek mengatakan kononnya dia mahu memulangkan semula makanan.

Ketika tiba di pekarangan rumah suspek, berlaku pertengkaran antara pengganggur itu dengan mangsa.

Dituduh memarahi isterinya

Ketika ini berlaku pertelingkahan antara suspek dan mangsa yang berakhir dengan aksi memukul yang mendatangkan kecederaan pada bahagian kepala.

“Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi,” katanya Soffian.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, Soffian berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 11.15 malam tadi. Turut dirampas ialah penukul besi yang digunakan sebagai senjata bagi memukul mangsa.

Menurut Soffian kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Iklan
Iklan