Kepingan emas edisi khas Merdeka 2020 versi YaPEIM, golongan muda sesuai jadikan pelaburan awal

Kepingan emas edisi khas Merdeka 2020 versi YaPEIM, golongan muda sesuai jadikan pelaburan awal
Kepingan emas edisi khas Merdeka 2020 versi YaPEIM, golongan muda sesuai jadikan pelaburan awal
A
A
A

PADA masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Kini, ia dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang yang lebih menguntungkan.

Pasangan yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan pada usia muda juga digalakkan mengumpul emas sebagai permulaan jaminan masa depan perkahwinan mereka.

Ini kerana nilai mata wang tidak terjamin selain ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Pasangan muda yang membuat simpanan dalam bentuk emas merupakan satu pelaburan bijak bagi tempoh jangka masa panjang.

Jika tidak berminat untuk membeli emas sebagai perhiasan, boleh juga membeli atau membuat pelaburan emas dengan membeli kepingan emas seperti yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Sempena bulan kemerdekaan dan hari kebangsaan, YaPEIM menerusi YaPEIM Gold Sdn, semalam melancarkan kepingan emas edisi khas Merdeka 2020 untuk ditawarkan kepada pembeli.

Dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kepingan emas itu didatangkan dengan dua koleksi seberat satu gram dan boleh didapati pada harga RM320 bagi setiap satu.

Zulkifli berkata, dengan penghasilan produk terbaru itu, YaPEIM Gold sudah mengorak langkah ke hadapan selepas berdepan pandemik Covid-19 dengan memperkasa konsep pemilikan emas secara patuh syariah di negara ini.

Beliau berkata, emas menjadi satu medium pelaburan popular dan agresif menerusi kenaikan nilainya dari semasa ke semasa dan ia diperakui sebagai antara mekanisme pelaburan yang selamat.

“Justeru, ia sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan senyap bagi masyarakat kerana emas, seperti mana yang diketahui, mempunyai kadar cairan tunai yang tinggi dan sesuai dijadikan sebagai simpanan peribadi,” katanya.

Kepingan emas itu boleh ditempah secara terus di YaPEIM Gold atau secara dalam talian di www.CMASA.my bermula semalam.

Edisi Merdeka ini juga merupakan kesinambungan koleksi edisi khas petugas barisan hadapan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca