KES buang bayi kini semakin berleluasa dan menjadi-jadi.

Ia turut mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Yang terbaharu, seorang bayi dijumpai dalam kotak di pintu Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, semalam.

Bayi tersebut ditinggalkan beserta nota bertulisan tangan “Kami mohon maaf kerana tak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon siapa yang dapat dan sanggup
membesarkan dia.”

Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak kemudahan pusat baby hatch atau perlindungan bayi yang terdapat di Malaysia.

Baby hatch adalah satu kemudahan di mana anda boleh meletakkan bayi dalam keadaan sangat elok dan bersih.

Artikel berkaitan: Portal Singapura sifatkan Dr Noor Hisham antara “Trio Wira Covid”

Ini sangat penting untuk masyarakat tahu agar kes pembuangan bayi di tempat sepatutnya tidak terjadi lagi.

Berikut di bawah adalah senarai lokasi baby hatch yang terdapat di seluruh Malaysia:

Iklan

Kes buang bayi berleluasa, ini senarai lokasi pusat Baby Hatch seluruh negara

Sementara itu, Yayasan OrphanCare turut menyediakan bantuan sokongan, latihan keibubapaan, membantu proses pengambilan anak angkat dan memberi perkhidmatan kaunseling ibu mengandung anak luar nikah mendapatkan perlindungan bagi mengelakkan tekanan dan ancaman kepada bayi yang bakal lahir.

Bagi anda yang ingin menjadi ibu bapa angkat atau pelihara kepada bayi yang diletakkan di dalam baby hatch di Semenanjung Malaysia ini, sila emelkan kepada adoption@orphancare.org.my.

Iklan

Manakala, penduduk di Sabah dan Sarawak pula mestilah memohon melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat di tempat mereka bermastautin.

Perkongsian SinarPlus ini tidak bertujuan menggalakkan namun ia lebih baik selamatkan nyawa insan yang tidak berdosa.

Sama-sama menjaga diri dan keluarga agar terhindar daripada kejadian seumpama itu.