SEMALAM kecoh di laman sosial berkenaan status permohonan pengeluaran i-Sinar Kategori 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tinjauan di media sosial memaparkan rata-rata pencarum yang memohon pengeluaran mendapat keputusan ‘lulus’ apabila membuat semakan bermula awal pagi semalam.

Status yang diterima mengatakan “Permohonan anda telah diluluskan. Pembayaran kedua akan dibuat ke dalam akaun bank anda sebelum 30 Januari 2021.”

Dengan itu, secara tidak langsung ia telah menjadi berita gembira buat semua.

Namun kekeliruan timbul apabila status diluluskan disertakan tarikh pembayaran pada Januari 2021.

Tidak sampai 24 jam tular mengenai perkara tersebut, KWSP tampil memaklumkan pihaknya menghadapi masalah teknikal bagi paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Dalam kenyataan menerusi Facebook pada tengah malam tadi, KWSP memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, watak animasi yang dicipta khas oleh KWSP, Elya telah memberi sedikit kesan kepada emosi pemohon dengan membuat peringatan jumlah berganda
jika wang tidak dikeluarkan.

Nampaknya, sekali lagi ia kembali mengganggu emosi pemohon apabila status permohonan yang sudah ‘diluluskan’ itu hanya kesilapan teknikal.

Hamizah Basir – KWSP pun dah pandai prank orang, ciss ingatkan dah lulus.. rupanya harapan palesu!

Aziz Ramxli – Mohon pagi esok pukul 8 masalah teknikal lagi. Supaya pemohon tidur lena malam ini mimpi indah bangun esok KWSP lulus.

Nur Akashah – Sekali masalah teknikal daaa… baru tahu apa makna kegembiraan sementara.

Aizzad Nazari – Berapa ramai berharap agar KWSP diluluskan. Harap-harap semua yang hijau diluluskan. Jangan main perasaan pencarum, kejap lulus kejap
tak lulus…

Mohd Hafiz Husin – Ni masalah teknikal sebab date kan? sebab tadi check date January.

Amirul Syafique – Status Yang mana satu yang problem tu. Tarikh pembayaran ke atau yang status lulus tu? Jangan la mainkan perasaan Mir.

Setakat ini, permohonan masih belum dapat dibuat semakan.

Iklan

Baca juga Garis panduan dan syarat khas adakan majlis akad nikah sepanjang PKP di Wilayah Persekutuan

Terdahulu, KWSP memaklumkan pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020. Pengurangan berkenaan hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Hujung Januari lalu, semua pemohon i-Sinar Kategori 2 turut diberikan bayaran interim sebanyak RM1,000 yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan i-Sinar yang dipohon (tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 ahli) dan diberikan sementara menunggu KWSP melengkapkan proses semakan permohonan tersebut.

Iklan

Bertabahlah menunggu keputusan yang akan diumumkan nanti!