Ketahui 11 fakta ringkas Sekolahku Sejahtera, inisiatif untuk tangani buli
KEJADIAN buli dan tingkah laku ganas di sekolah-sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh bukanlah benda baharu.
Ia seperti tidak bertemu titik nokhtah. Kejadian-kejadian sebegini amat membimbangkan dan ia harus dipandang serius oleh semua pihak.Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bagi menangani gejala buli di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak merangka konsep Sekolahku Sejahtera yang mana berlandaskan empat komponen utama iaitu penyedaran, pelaporan, penghukuman dan pemantauan.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, ini 11 penjelasan berkaitan konsep tersebut;
1. Pendekatan itu bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah, khususnya di kalangan murid-murid.
2. Nilai-nilai tersebut akan diterap dan dididik oleh guru secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
3. Penerapan elemen selamat, sihat, seronok, empati, jati diri, adab sopan, harmoni dan rasional dalam kalangan warga sekolah akan dapat membentuk keperibadian murid yang menyedari bahawa buli perlu dibanteras sepenuhnya.
4. Dalam konteks pelaporan, KPM telah menyediakan saluran pelaporan bagi membolehkan pihak sekolah melaporkan kes buli kepada Kementerian.5. KPM juga telah menyediakan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid di Sekolah dan Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli Di Sekolah sebagai panduan kepada pihak sekolah.
6. KPM sedang merangka sistem pelaporan yang akan membolehkan warga sekolah termasuk murid dan ibu bapa mereka membuat aduan terus kepada pihak kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi.
7. KPM sedang meneliti hukuman ke atas murid yang melakukan perbuatan buli dengan membuat penambahbaikan kepada mana-mana hukuman yang tersenarai dalam surat pekeliling ikhtisas8. KPM juga akan memperkukuhkan komponen pemantauan, termasuk memperkasakan lagi jawatan warden di sekolah selaras dengan tanggungjawab mereka.
9. KPM sedang meneliti hukuman ke atas murid yang melakukan perbuatan buli dengan membuat penambahbaikan kepada mana-mana hukuman yang tersenarai dalam SPI tersebut. Ini bagi memastikan hukuman yang dikenakan adalah setimpal dan menjadi pendekatan pencegahan yang berkesan.
Baca juga Jadikan Pengajaran! 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli Ditamatkan Pengajian. Berikut Kronologinya
10. Perbincangan akan terus dilaksanakan dengan agensi pusat bagi memastikan jawatan warden sekolah diperkasakan selaras dengan tanggungjawab dan keperluan semasa mereka.
11. Buat masa ini, sebagai tindakan segera, KPM akan mengarahkan semua sekolah melaksanakan program kesedaran bersama pegawai perhubungan sekolah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang buli dalam minggu pertama sesi penggal ketiga pada Januari 2022.
Tegas Radzi, KPM sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan terbaik bagi membanteras gejala buli di sekolah.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Ahmad, yang ingin mengetahui langkah proaktif kementerian untuk menangani kejadian buli yang semakin menjadi-jadi.
Semoga kegiatan buli ini dapat dibanteras sehabis-habisnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang