TERNYATA pandemik Covid-19 memberikan impak besar buat dunia dan juga sektor perdagangan. Rata-rata perniaga kini turut terjejas termasuk syarikat yang sudah berjenama besar dan dikenali ramai.

Seperti syarikat makanan segera yang cukup popular dengan menu ayam goreng, Kentucky Fried Chicken (KFC), saban tahun pasti ada sahaja resipi baharu yang diperkenalkan agar pelanggan tidak mudah bosan dengan hidangan yang sedia ada.

Terkini, KFC yang cukup familiar dengan slogan ‘finger lickin’ good’ atau sedap sehingga menjilat jari terpaksa akur dengan menukar slogannya gaga-gara pandemik Covid-19.

KFC mungkin terpaksa melupakan penggunaan slogan yang terpahat dalam minda orang ramai ini buat sementara waktu.

Hal ini demikian kerana slogan tersebut dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelanggan KFC terutamanya sejak penularan pandemik Covid-19.

Atas sebab itu, KFC telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan slogan mereka buat sementara waktu untuk menjaga sensitiviti pelanggan.

KFC gugurkan slogan ‘Finger Lickin’ Good’ sebab Covid-19

Akan tetapi, sebahagian besar daripada pelanggan juga tidak mempunyai masalah dengan slogan yang telah digunakan KFC buat satu tempoh yang lama.

Iklan

Mana tidaknya, Harland Sanders, mengasaskan KFC pada tahun 1930-an yang membuka francais pertamanya pada sekitar tahun 1950-an telah menggunakan slogan berkenaan sejak waktu itu lagi.

Juga pernah dilaporkan slogan tersebut pernah dihentikan seketika pada akhir tahun 1990-an dan diguna pakai semula pada tahun 2008 sehingga ke hari ini.

Iklan

Buat anda yang merindui slogan ini, KFC yang kini mempunyai 22,500 cawangan di seluruh dunia memaklumkan pihak mereka pasti akan menggunakan slogan ini apabila tiba masanya yang sesuai.

SinarPlus juga berharap agar pandemik maut ini cepat la hilang dari bumi. So, tak perlu nak tukar slogan KFC yang dah tersemat dekat jiwa kita ni kan.

Namun, andai kata jika KFC nekad nak tukar juga slogan, apa yang korang rasa sesuai?