Khasiat jambu batu yang awesome... 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding oren
JAMBU batu sering dijual di gerai-gerai sebagai satu snek yang dimakan bersama-sama serbuk asam.
Terdapat juga penjual yang menjualnya dalam bentuk jus bagi mereka yang menggemari jus buah jambu batu.
Jambu batu adalah sejenis buah yang manis dan lazat yang ditanam di kawasan yang beriklim tropika.
Buah bermusim ini, dikenali secara saintifik sebagai Psidium guajava, berbentuk bulat atau berbentuk pir.
Jambu batu dipercayai berasal dari Mexico atau Amerika Tengah.
Ia kini sangat popular di negara-negara Asia dan juga semakin mudah didapati di Amerika, terutamanya selepas manfaat kesihatannya telah diketahui.
Ada yang mengatakan ia mempunyai rasa bunga, gabungan antara rasa pir dan strawberi.
Ia merupakan buah tropika yang kaya dengan nutrisi.
Buah jambu batu mengandungi vitamin A dan C yang sangat tinggi dan mampu memenuhi 3 kali lebih keperluan anda seharian.
Menurut kajian, sebiji jambu batu mengandungi empat kali lebih banyak vitamin C berbanding oren dan 10 kali lebih banyak vitamin A berbanding lemon.
Menurut Hellodoktor, ini manfaat luar biasa yang anda dapat dengan pengambilan buah jambu batu.
1. Pengurangan berat badan
Jambu batu, dengan proteinnya, vitamin dan serat, boleh membantu orang ramai mengurangkan berat badan dengan selamat dan berkesan.
Oleh itu, jambu batu bukan sahaja tidak mempunyai kolesterol dan sedikit karbohidrat mudah hadam tetapi juga betul-betul makanan mengenyangkan.
Pengambilan jambu batu bersaiz sederhana selepas makan tengah hari akan membuat anda berasa kenyang hingga malam tanpa mengambil sebarang makanan ringan tambahan.
Jambu ini tinggi dengan kandungan serat, tidak mempunyai kolesterol dan mengandungi jumlah karbohidrat yang mudah dicerna.
Tambah hidangan buah ini pada waktu makan tengah hari anda dan anda tidak akan merasa lapar sehingga waktu petang.
Ironinya, ia juga dapat membantu individu yang kurus untuk mendapatkan berat badan ideal. Ini mungkin disebabkan kekayaan nutriennya, yang mengawal metabolisma dan menggalakkan penyerapan nutrien yang betul.
Di samping itu, jambu memberikan anda kurang gula berbanding buah-buahan lain seperti epal, oren atau anggur.
2. Diabetes
Seperti dinyatakan di atas, jambu batu mengandungi sedikit gula; dengan itu, ia benar-benar boleh membantu orang yang mengalami diabetes.
Di samping itu, serat dalam jambu batu boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan mengawal cara badan manusia menyerap gula.
Buah jambu ini mengandungi kandungan serat pemakanan yang tinggi, yang mempunyai kesan yang bermanfaat untuk menurunkan tahap glukosa darah dalam tubuh.
Kajian terbaru yang dijalankan terhadap model haiwan menunjukkan bahawa dengan memakannya boleh membantu mencegah risiko diabetes jenis 2.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mengenai bukti daripada hasil kajian klinikal dan kajian haiwan menunjukkan bahawa teh daun jambu dapat membantu memperbaiki kerintangan insulin dan menurunkan kadar gula darah.
Manfaat ini mungkin disebabkan oleh sebatian dalam ekstrak daun jambu batu yang membantu penyerapan glukosa secara sederhana selepas seseorang itu makan.
Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan keseluruhan skop manfaatnya.
3. Penglihatan
Jambu batu adalah sumber vitamin A terbaik, yang sangat penting untuk penglihatan.
Memakan jambu batu secara tetap pada masa sama akan meningkatkan kesihatan penglihatan anda semasa mengelakkan gegradasi (kesan pancaran matahari).
4. Sembelit
Selain buah-buahan lain, jambu batu juga adalah sumber serat pemakanan yang paling kaya.
Selain itu, bijinya adalah julap (pencuci perut) yang hebat.
Dengan kedua-dua manfaat ini, jambu batu menyokong pencernaan manusia dengan menggalakkan usus yang sihat dan membersihkan sistem perkumuhan.
Disebabkan hal ini, orang ramai boleh mengelakkan masalah sembelit.
Kedua-dua sifat ini membantu pembentukan pergerakan usus yang sihat, membantu mengekalkan air dalam tubuh dan menjaga saluran usus anda agar kekal berada dalam tahap yang baik.
Dikatakan bahawa sembelit boleh membawa kepada 72 jenis kesakitan, oleh itu sebarang sumber makanan untuk meredakan sembelit sudah tentu amat bermanfaat untuk anda.
Kesihatan keseluruhan anda terkesan dengan pencernaan yang baik, dan yang lebih penting, dengan perkumuhan yang betul.
Penggunaan buah jambu ini dapat memastikan kedua-dua hal tersebut berjalan dengan lancar.
5. Kesihatan otak
Selain vitamin A, jambu batu juga mengandungi vitamin B3 dan B6.
Vitamin B3 atau niasin meningkatkan pengaliran darah, menyumbang kepada fungsi kognitif otak.
Begitu juga vitamin B6 adalah penting untuk fungsi saraf. Pengambilan kerap buah ini boleh memastikan anda kesihatan otak yang baik dan fokus yang jelas.
6. Tekanan darah tinggi
Jambu batu menghalang pemekatan saluran darah dan pada masa sama mengurangkan kolesterol dalam darah.
Oleh itu, ia membantu dalam mengawal tekanan darah.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Cardiology mendapati bahawa jambu ini membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL dan tekanan darah dalam kalangan peserta kajian.
Buah ini juga sangat kaya dengan kandungan serat dan sifat hipoglisemik, yang juga bermanfaat untuk membantu mengurangkan tekanan darah.
7. Kanser
Salah satu manfaat terbesar jambu batu adalah buah-buahan tropika ini boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser.
Minyak daun jambu batu berfungsi lebih baik daripada kebanyakkan ubat-ubatan boleh didapati dalam menghalang pertumbuhan canerous.
Antioksidan yang kuat lycopen menunjukkan kejayaan sengit dalam melawan kanser prostat, kanser payudara dan kanser mulut.
Tambahan pula, kuasa besar vitamin C juga terkandung dalam jambu batu.
Vitamin dan antioksidan ini menyediakan rangsangan terbaik untuk sistem imun, menyokong melawan percambahan radikal bebas- punca utama kanser.
8. Penjagaan kulit
Jambu batu mempunyai keupayaan anti-penuaan. Memakan buah dan daun jambu batu yang tidak matang (masih muda) boleh mencerahkan dan menegangkan kulit.
Antioksidan lain seperti vitamin A,B, C dalam jambu batu boleh membantu orang ramai mengelakkan penuaan pra-matang.
Kandungan semulajadi vitamin C dalam jambu ini adalah empat kali lebih tinggi berbanding daripada yang terdapat dalam buah oren.
Vitamin C terkenal dengan fungsinya dalam membantu meningkatkan sistem imun.
Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 2006, antioksidan dalam buah ini membantu mempertahankan tubuh terhadap perkembangan radikal bebas dalam tubuh,
yang merupakan salah satu penyebab utama keadaan kesihatan yang serius seperti kanser dan penyakit jantung.
Artikel berkaitan: Sedarkah anda tentang kanser payudara?
9. Kesihatan tiroid
Jambu batu adalah sumber tembaga yang baik, mineral yang penting untuk mengawal metabolisme dengan membantu mengendalikan pengeluaran dan penyerapan hormon.
Hormon tiroid memainkan peranan penting dalam pengawalan tenaga dan metabolisme di dalam badan.
10. Mencegah penyakit skurvi
Buah oren sering dianggap sebagai sumber terbaik vitamin C, tetapi sebenarnya buah jambu batu memiliki kandungan vitamin C yang lebih banyak.
Mengikut kajian pada tahun 2003 yang diterbitkan dalam Plant Foods for Human Nutrition, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, dan satu-satunya penawar yang diketahui untuk penyakit berbahaya ini adalah melalui pengambilan vitamin C yang mencukupi.
11. Melegakan cirit birit dan disentri
Jambu batu mempunyai sifat-sifat yang dianggap boleh melegakan gangguan pencernaan seperti cirit-birit dan disentri.
Sama ada anda mengunyah daunnya atau memakan buahnya, sifat-sifat astringen menambahkan bahan untuk memudahkan pembuangan air besar dan mengurangkan simptom cirit-birit.
Astringen ini bersifat alkali dan mempunyai sifat-sifat disinfektan dan anti-bakteria.
Oleh itu, ia membantu melawan disentri dengan menghalang pertumbuhan mikroba dan mengeluarkan lendir tambahan daripada usus.
Tambahan lagi, nutrien lain seperti vitamin C, karotenoid dan kalium, menguatkan sistem pencernaan dan disamping membuangnya secara serentak.
Buah ini juga bermanfaat dalam kes-kes gastroenteritis untuk sebab-sebab yang sama dengan yang dinyatakan di atas.
12. Melegakan batuk dan selsema
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology mengenai aktiviti antikanser dan antimikrob ekstrak daun jambu telah menyatakan bahawa ia sangat membantu dalam memberikan kelegaan daripada batuk dan selsema.
Jus buah jambu mentah dan tidak matang, atau air rebusan daunnya, sangat membantu dalam melegakan batuk dan selsema dengan mengurangkan lendir, membasmi saluran pernafasan, tekak, dan paru-paru, dan menghalang aktiviti mikrob dengan sifat astringen yang dimilikinya.
Dalam kajian yang menggunakan tabung uji pada tahun 2012, teh daun jambu menunjukkan potensinya sebagai agen antivirus untuk rawatan selesema.
Para penyelidik mendapati bahawa teh tersebut menghalang pertumbuhan virus yang menyebabkan selesema.
13. Meningkatkan fungsi penglihatan
Jambu batu adalah sumber vitamin A yang baik, terkenal sebagai penggalak untuk kesihatan mata. Ia boleh
membantu memperlahankan kewujudan katarak, degenerasi makula, dan meningkatkan kesihatan keseluruhan mata. Ia membantu melindungi sel-sel di mata anda dan juga boleh melambatkan kemerosotan penglihatan.
14. Kesakitan haid
Pengambilan suplemen yang mengandungi ekstrak daun jambu batu boleh mengurangkan kesakitan haid.
Hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa dengan mengambil suplemen ekstrak daun jambu batu dapat melegakan kesakitan haid pada wanita yang mempunyai dismenore primary dysmenorrhea.
Peserta kajian yang mengambil sebanyak 6 miligram (mg) ekstrak setiap hari mengalami kurang kesakitan haid berbanding daripada mereka yang mengambil ibuprofen atau plasebo.
Buah jambu batu juga boleh dianggap sebagai superfood disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai terhadap kesihatan tubuh manusia.
Jadikan buah ini sebagai alternatif snek sihat ketika anda menonton televisyen atau ketika anda berasa lapar pada waktu tengah malam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang