KKM mohon 1,899 tambahan petugas kesihatan tangani pandemik Covid-19

KKM mohon 1,899 tambahan petugas kesihatan tangani pandemik Covid-19
KKM mohon 1,899 tambahan petugas kesihatan tangani pandemik Covid-19
A
A
A

BERIKUTAN kes harian pandemik Covid-19 dilaporkan terus meningkat dari sehari ke sehari, Kementerian Kesihatan (KKM) akan melantik 1,899 lagi petugas kesihatan secara kontrak bagi menyokong perkhidmatan kesihatan dalam tempoh sukar tersebut.

Antara petugas kesihatan sokongan tambahan berkenaan adalah Pegawai Penyelidik, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi dan Kewangan).

Menteri, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia selaras persetujuan pertimbangan untuk menambah petugas kesihatan kepada sejumlah 2,000 lantikan secara kontrak seperti diluluskan kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, permohonan berkenaan sudah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF), Jumaat lalu.

"Petugas kesihatan ini juga akan ditempatkan di stesen kuarantin seluruh negara dan ditugaskan di pintu masuk antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur agar urusan keluar dan masuk di situ dapat diuruskan dengan lebih lancar dan berkesan.

"Selain itu, mereka juga akan ditempatkan di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik kesihatan, makmal, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk syarat dan kelayakan yang diperlukan korang boleh layari https://www.moh.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca