KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan pautan baharu dan menjemput orang ramai untuk mengisi borang tinjauan berkenaan penerimaan terhadap vaksin Covid-19.

Perkara itu juga turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman media sosialnya seperti Facebook dan juga Twitter.

Dalam borang kaji selidik tersebut, kita boleh mengakui tahap penerimaan vaksin tersebut sama ada menyokong atau sebaliknya.

Dalam pada itu daripada segi bahan, komplikasi serta sama ada ada kita bersetuju jika mereka perlu membayar untuk vaksin itu. Maklumat peribadi tidak perlu disertakan dalam kaji selidik ini.

Cara untuk menyertai kaji selidik itu juga cukup mudah!

Korang hanya perlu klik http://tiny.cc/Vcovid19 dan menjawab beberapa soalan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan kerajaan baru sahaja memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, Astra Zeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19 atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi.

Iklan

Setakat ini, kerajaan sudah mengatakan bahawa vaksin tersebut akan diberikan secara percuma kepada rakyat.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga turut menawarkan diri untuk menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

Iklan

Menurut beliau, ini bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin Covid-19 diperoleh itu adalah selamat dan berkesan.

Ia kemudiannya akan disusuli dengan petugas barisan hadapan, sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit saluran pernafasan kronik.