SELAIN Covid-19 yang tiada kesudahan, negara kita kini sedang dihambat dengan satu lagi ‘bencana‘ yang menakutkan dan berkemungkinan akan berterusan dalam jangka masa yang panjang iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Berdasarkan statistik, pada Januari hingga 17 Mei lalu, sebanyak 31,661 kes HFMD telah direkodkan.

Seandainya keadaan semakin kritikal, kemungkinan besar beberapa negeri tiada pilihan, selain mengambil keputusan selamat dengan menutup taska, tadika dan pusat jagaan.

Di laman-laman sosial misalnya, ramai yang berkongsi keadaan kanak-kanak yang telah terkena jangkitan tersebut.

Dalam pada itu, mereka juga turut memberi tip bagaimana berhadapan jangkitan berkenaan serta pelbagai kaedah perubatan yang digunakan untuk merawat anak-anak.

Pun begitu, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, pihaknya tidak menggalakkan kaedah rawatan alternatif seperti menggunakan serbuk kunyit atau daun semambu bagi merawat penyakit HFMD.

Baca juga Serang si kecil bawah 6 tahun, bahaya penyakit HFMD, ini ibu bapa wajib tahu

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, ini yang perlu dilakukan sekiranya terkena jangkitan berkenaan;

1. Orang ramai diminta berjumpa doktor sekiranya mempunyai simptom jangkitan.

2. KKM memang tidak galakkan rawatan alternatif kerana ia tidak ditentukan kesahihannya lagi dari sudut sains.

3. Malah tiada rawatan khusus dari sudut sains bagi merawat penyakit HFMD.

Iklan

4. Kita juga bimbang gejala dehidrasi. Jadi kanak-kanak yang terkena HFMD perlu dipastikan minum air secukupnya.

5. Jika langsung tidak boleh minum air, memang perlu diberikan secara intravenous (suntikan ke dalam salur darah) dan dibawa ke hospital.

Baca juga Penyakit HFMD mula menular di Selangor, 13 soal jawab penting yang ibu bapa wajib tahu

Iklan

Sementara itu, menurut laman web perubatan antarabangsa, WebMD, ini yang ibu bapa boleh lakukan;

  • Berikan ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen (semburan mulut).
  • Jangan gunakan aspirin kerana ia boleh menyebabkan penyakit serius pada kanak-kanak.
  • Boleh hidangkan makanan sejuk seperti ais pop, yogurt atau smoothie untuk melegakan sakit tekak.
  • Elakkan jus dan soda yang mengandungi asid yang mungkin merengsakan.
  • Guna losyen antigatal seperti calamine.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI