KL Gangster Underworld musim kedua di WeTV iflix

A
A
A

WeTV iflix, kini telah mewujudkan pembekal kandungan tempatan video mengikut permintaan (video-on-demand, VOD) dan secara dalam talian (over-the-top, OTT) yang utama di Asia Tenggara.

Penonton boleh memuat turun atau menstrim katalog kandungan antarabangsa, tempatan dan asli berkualiti tinggi dengan log masuk ke aplikasi yang dipasangkan melalui WeTV atau iflix di Google Play atau App store, untuk langganan percuma “tanpa sekatan”.

Menerusi falsafah “Kelebihan untuk anda”, WeTV iflix akan terus mengukuhkan strategi kandungan tempatan

dengan memberi tumpuan kepada filem dan program tempatan yang hebat.

Selain program tempatan, turut ditawarkan adalah program berbahasa Cina, Korea, Thailand, dan Indonesia asli premium.

“WeTV iflix berada pada kedudukan unik untuk membawa perubahan positif dalam ekosistem pengeluaran kandungan.

“Kami berhasrat untuk menghidupkan idea dan kisah yang diilhamkan oleh budaya tempatan, cerita rakyat, sejarah, budaya dan trend pop yang unik. Semua ini menunjukkan strategi kandungan kami.

“Lagipun, hasrat kami tertumpu pada komitmen untuk

Menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap bakat tempatan - mencipta kandungan

yang relevan dan berkesan yang mempunyai daya tarikan komersial namun masih mengikuti budaya kita,” ujar Pengurus WeTV iflix Malaysia, Aik Kuang Heng.

Tambahnya, permintaan untuk kandungan tempatan telah mengalami peningkatan yang luar biasa.

Berdasarkan permintaan tersebut, para peminat siri KL Gangster Underworld bakal menyaksikan musim kedua yang akan ditayangkan pada suku keempat tahun 2020.

Sementara itu, para peminat C-drama kini boleh menikmati siri popular “My Girlfriend is an Alien” dan “Mid Summer is Full

of Love”, manakala penggemar filem seram Indonesia boleh menonton “Mangkujiwo”.

WeTV iflix kini disediakan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan beberapa pasaran lain di

Asia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca